Show simple item record

dc.contributor.authorNurfarahhana, Ismail
dc.contributor.authorRos Mahwati, Ahmad Zakaria
dc.contributor.authorZuliskandar, Ramli
dc.contributor.authorAszulhida, Aman
dc.date.accessioned2020-12-22T06:32:16Z
dc.date.available2020-12-22T06:32:16Z
dc.date.issued2019
dc.identifier.citationSeminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 259-270en_US
dc.identifier.urihttp://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69082
dc.descriptionLink to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/en_US
dc.description.abstractMasjid merupakan sebuah pusat yang berfungsi sebagai penyebaran agama dalam sesebuah wilayah Islam. Terdapat pelbagai rekaan masjid yang menjadi identiti kepada pemerintah Islam dalam sesebuah Kawasan khususnya di Melaka. Masjid di Melaka bukan sahaja mempunyai nilai sejarah yang penting malah turut memperlihatkan gaya seni hiasannya tersendiri. Justeru, kajian ini dijalankan untuk menjalankan pemetaan lokasi masjid vernakular di Negeri Melaka. Permasalahan penyelidikan ini ialah untuk melihat salah satu elemen yang mempunyai keunikan seni bina masjid vernakular iaitu hiasan bumbungnya yang dikenali sebagai mahkota atap masjid yang kini berhadapan dengan ancaman kepupusan. Kesan kemasukan pengaruh seni bina Islam daripada luar dan perubahan perspektif terhadap seni Islam yang menjadikan mahkota atap masjid di negeri Melaka mengalami ancaman kepupusan malah turut diketepikan dan diganti dengan elemen seni bina yang baru seperti kubah berbentuk bawang yang banyak dilihat dikebanyakan masjid pada masa kini. Justeru, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mendokumenkan maklumat berkaitan rekaan mahkota atap masjid melalui penggunaan teknologi Dron dan menjalankan pemetaan lokasi masjid yang masih mempunyai mahkota atap. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Kajian ini dijalankan di keseluruhan daerah di Negeri Melaka iaitu Jasin, Melaka Tengah dan Alor Gajah. Penyelidikan ini dijalankan secara pendokumentasian bergambar 360° dengan menggunakan teknologi Dron untuk mendapatkan reka bentuk mahkota atap secara terperinci dan juga aplikasi google maps bagi memetakan lokasi masjid yang terlibat. Hasil penyelidikan ini membuktikan bahawa penggunaan teknologi Dron dan aplikasi GPS adalah sangat berkesan dalam penyelidikan di lapangan. Dengan adanya pendokumentasian secara bergambar serta data secara visual melalui penggunaan dron, rekaan mahkota atap masjid vernakular di negeri Melaka dapatlah didokumenkan dan dilestarikan seperti yang termaktub dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 (645) bagi tujuan pemantauan warisan dan kerja pemeliharaan.en_US
dc.language.isomsen_US
dc.publisherPenerbit UniMAP (UniMAP Press)en_US
dc.relation.ispartofseriesSeminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19);
dc.subjectPemetaanen_US
dc.subjectMahkota Atapen_US
dc.subjectMasjiden_US
dc.subjectVernakularen_US
dc.subjectMelakaen_US
dc.subjectDronen_US
dc.subjectPendokumentasianen_US
dc.subjectPemeliharaanen_US
dc.titlePemetaan lokasi Masjid Vernakular Negeri Melaka yang mempunyai Mahkota atap masjiden_US
dc.typeArticleen_US
dc.contributor.urlnurfarahhana9402@gmail.comen_US


Files in this item

Thumbnail

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record