• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Analisis pengajaran Bahasa Melayu dan Jawi dalam Pelita Bahasa Melayu (PBM) Karangan Za’ba

    Thumbnail
    View/Open
    Main article (930.3Kb)
    Date
    2019
    Author
    Makmur, Haji Harun
    Mohd Kasturi Nor, Abd Aziz
    Sitti Rachmawati, Yahya
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Za’ba nama panjangnya Zainal Abidin Ahmad, kelahiran 16 September 1895 di Batu Kikir, Jempol Negeri Sembilan, meninggal dunia 23 Oktober 1973. Nama Za'ba popular dalam Organisasi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu kerana ahli akademik dan penulis gerakan politik Akademik Malaya dan Agama Islam, juga dikenali sebagai sasterawan dan pemikir Melayu keturunan Minangkabau yang giat menulis sekitar tahun 1940an. Tokoh ini merupakan pejuang bahasa Melayu dan Jawi yang komited dan berbakat, Za’ba merupakan pengembang sastera berdasarkan Jawi dengan kaedah Za’banya. Kemudian kaedah pengajarannya dikembangkan melalui buku karangannya Pelita Bahasa Melayu (PBM) dalam tiga jilid. Kepelbagaian kaedah dalam buku ini telah menyumbang pelbagai ilmu yang kekal abadi lagi nyata sebagai bukti komitmen beliau memperjuangkan bahasa Melayu dan Jawi. Perjuangan Za’ba dibuktikan lagi dengan melahirkan kaedah pengajaran tersendiri melalui buku Pelita Bahasa Melayu (PBM) yang diguna pakai dalam memartabatkan bahasa Melayu tersebut dari masa ke masa. Kaedah beliau terus meluas dan digunakan ke seluruh wilayah Nusantara bahkan menjadi karya tulisan pengantar pengajaran dan pembelajaran menjadi panduan linguistik moden di pelbagai peringkat sekolah, berpola pengajaran dan pembelajaran bahasa yang berkesan. Kaedah beliau penuh simbol dan falsafah tersendiri mencerminkan kekayaan khazanah dan budaya masyarakat Melayu. Za’ba juga merupakan tokoh hebat yang telah pergi untuk selama-lamanya, tetapi karyanya tetap abadi sehingga kini. Semoga kajian ini dapat memaparkan analisis mendalam terhadap kaedah pengajaran bahasa dari Za’ba sebagai pejuang gigih dalam memartabatkan bahasa Melayu dan Jawi di Malaysia khasnya dan di Asia Tenggara amnya, sekali gus mampu menjadi satu wacana ilmu yang dapat mengungkap kekayaan khazanah warisan Melayu di Nusantara.
    URI
    http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69078
    Collections
    • Conference Papers [2599]

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback