UniMAP fokus pemerkasaan dan pembangunan insan
Abstract
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sentiasa memberi fokus kepada aspek pemerkasaan dan pembangunan insan yang holistik sebagai amanah besar yang dipertanggungjawabkan oleh negara. Selain memastikan kurikulum yang ditawarkan adalah relevan kepada pihak industri, UniMAP sentiasa membuka peluang kepada mahasiswanya untuk bergerak aktif dalam kegiatan ko-kurikulum. Hasil daripada usaha tersebut, sebagai contoh, mahasiswa UniMAP telah berjaya memperoleh pengiktirafan dari dalam dan luar negara, antaranya Anugerah Pemimpin Program Sains, Teknologi dan Inovasi bagi Anugerah Tokoh Siswa Universiti Awam 2018, Anugerah The Best Project (Subcourse B) untuk Program Commtech Camp Highlight 2019, Surabaya, Indonesia; tempat ke-4 keseluruhan bagi Anugerah Persembahan Bakat di Asia Summer Program (ASP), Anugerah Kesukarelawanan Suksis Terbaik dan penyertaan dalam Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), Program Sukarelawan Antarabangsa.
Collections
- UniMAP Press Release [605]