Memperkasakan mahasiswa kejuruteraan menerusi penerapan kemahiran insaniah (Soft Skills)
Date
2008-12-05Author
Huzili, Hussin
Azman, Zakaria
Muhammad Shukri, Salleh
Metadata
Show full item recordAbstract
Kejayaan agenda pembangunan modal insan kelas pertama amat bergantung kepada mutu sistem pendidikan negara. Persaingan yang semakin meningkat di peringkat global
memerlukan tenaga kerja yang cukup kompeten, beretika, kreatif serta mempunyai daya saing yang tinggi. Kemahiran Insaniah (Soft Skills) dalam kalangan mahasiswa bukan
lagi merupakan isu baru. Malah ia sudahpun menjadi isu global. Persaingan untuk
mendapatkan pekerjaan telah menjadikan elemen Kemahiran Insaniah semakin diperlukan.Objektif ke empat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menghasilkan
graduan yang kompeten untuk memenuhi keperluan guna tenaga negara dan antarabangsa dengan sasaran 75% graduan mendapatkan pekerjaan dalam bidang
relevan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian memerlukan komitmen
yang begitu tinggi dari pihak Institusi Pengajian Tinggi untuk merealisasikannya. Justeru, kertas kerja ini ditulis dengan tujuan untuk mengupas kepentingan elemen kemahiran Insaniah bagi melahirkan mahasiswa yang ‘marketable’ dan ‘multi- tasking’. Selain itu, cabaran dalam isu-isu pendidikan tinggi dalam memperkasakan mahasiswa kejuruteraan juga dihuraikan. Beberapa kaedah pelaksanaan Kemahiran Insaniah kepada pelajar dan juga staf universiti juga dibincangkan secara serius. Selain itu isu penarafan dan penaksiran juga dikupas sebagai panduan.
Collections
- Conference Papers [2600]