Pensabitan nusyuz isteri di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh Perak
Date
2014Author
Amir Fariz, Che Man
Zaini, Nasohah
Fasahah, Haji Abu Mansor
Metadata
Show full item recordAbstract
Persoalan nusyuz isteri merupakan suatu isu kritikal dalam kehidupan berumah tangga. Daripada aspek perundangan, isu pensabitan nusyuz isteri dilihat memerlukan penyelesaian apabila beberapa permasalahan didapati mengganggu kelancaran pengendalian kes-kes berkaitan dengannya. Permasalahan tersebut ialah kekaburan peruntukan berkaitan pensabitan nusyuz isteri dalam enakmen, prosedur tuntutan sabitan nusyuz isteri yang kurang jelas dan beban pembuktian nusyuz isteri yang berat sehingga membawa kepada penghakiman yang tidak konsisten. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisa peruntukan dan tatacara pensabitan nusyuz dalam Enakmen Keluarga Islam Negeri Perak. Kajian ini turut menganalisa sama ada penghakiman kes-kes nusyuz isteri di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh Perak dibuat secara konsisten serta selaras dengan fiqh Islam. Kajian ini menggunakan metod analisa dokumen dan metod temu bual tidak berstruktur. Kajian ini mendapati bahawa peruntukan berkaitan nusyuz isteri ada dinyatakan dalam Enakmen Keluarga Islam Negeri Perak, tetapi bukan khusus tentang pensabitan nusyuz sebaliknya berkaitan kesan nusyuz terhadap nafkah. Penghakiman untuk pensabitan nusyuz isteri pula didapati dibuat mengikut prosedur yang ketat dan bersifat berhati-hati demi memastikan keadilan pihak-pihak yang bertelingkah dapat ditegakkan selaras dengan fiqh Islam.