Staf berkesan pengupaya organisasi
View/ Open
Date
2014-03-18Author
Zainai, Mohamed, Prof. Emeritus Dato' Ir. Dr.
Metadata
Show full item recordAbstract
Pengupaya kepada mana-mana organisasi boleh terdiri daripada pekerja (staf), kemudahan fizikal (teknologi), sistem kerja (operasi), kepimpinan dan juga kesepakatan serta kerjasama. Dalam kes ini, perbincangan hanya ditumpu kepada kualiti pekerja atau staf sahaja dan pengupaya yang lain dianggap sedia ada. Tanggungjawab staf untuk meningkatkan keberkesanan mereka bagi mejayakan sesebuah organisasi menjadi perhatian kertas ini. Keberkesanan staf boleh ditingkatkan dan diperbaiki melalui pembelajaran dan pembaharuan kemahiran. Staf perlu memberi perhatian kepada pembelajaran semasa melaksanakan tugas dan mempunyai keinginan melihat perkhidmatan yang diberikan sentiasa mendapat kepuasan pelanggan. Penghayatan dan perhatian terhadap kaedah dan proses kerja membolehkan penyelesaian yang dicapai sentiasa ada perubahan kepada yang lebih baik. Staf juga menerima latihan yang berkaitan dengan pekerjaan mereka supaya dibekalkan dengan keupayaan untuk berinovatif, memahami tujuan pekerjaan, mengenali pelanggan dan memahami harapan organisasi serta "stakeholders". Staf yang efektif sentiasa bersikap positif terhadap organisasinya dan mempertahan/membawa nilai organisasi. Perbincangan ini membawa kepada kefahaman sama ada staf itu berkesan dan benar-benar berfungsi sebagai pengupaya kepada organisasinya ataupun sebalinya.
Collections
- Today in History [247]