Legasi Ketuanan Melayu Perak
Abstract
Negeri Perak Darul Ridzuan, merupakan antara kerajaan awal yang pernah wujud di
Tanah Melayu. Namun terlalu kurang penulisan yang memaparkan kisah sejarah
negeri Perak. Sumber terawal yang mengisahkan tentang sejarah negeri Perak ini
ialah berbentuk sumber sastera sejarah. Sumber sastera sejarah yang utama itu ialah
Misa Melayu. Sememangnya amat sukar mencari bukti catatan sejarah dalam
masyarakat Melayu tradisi kerana tradisi menulis tidak dibudayakan waktu tersebut.
Paling jelas sumber utama dalam masyarakat Melayu ialah tradisi lisan kerana ia
merupakan warisan orang Melayu. Namun sekitar abad ke-18 sahaja, baru tradisi
penulisan ini muncul. Di Tanah Melayu, Sejarah Melayu dan Hikayat Raja-Raja Pasai
merupakan karya sastera sejarah terawal dijumpai. Dengan merujuk kepada sumber
sastera sejarah maka kertas kerja ini ingin melakarkan legasi sejarah Ketuanan
Melayu Perak. Bermula dari kemunculan kerajaan awal, sehingga terbentuknya
Kesultanan Melayu Perak yang diwarisi hari ini. Malah dalam kertas kerja ini juga
ingin menyingkap peranan yang dimainkan oleh kepimpinan politik Melayu Perak
yang menjalinkan kerja sama dengan kuasa-kuasa luar dalam usaha mengekalkan
legasi Ketuanan Melayu Perak.
Collections
- Conference Papers [2600]