Analisis kesantunan berbahasa dalam istiadat pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Yang Ke-14
Date
2013-06-05Author
Muhammad Saiful, Haq Hussin
Ridzma June
Hafidatulsyafini, Mokhtarudin
Metadata
Show full item recordAbstract
Kesantunan berbahasa merupakan salah satu cabang ilmu dalam bidang
sosiolinguistik. Cabang ilmu ini telah muncul sebagai satu bidang pengkajian yang
menarik dalam bidang sosiolinguistik bahasa Melayu bermula pada tahun 1950-an
lagi. Kesopanan dalam ungkapan menurut Brown dan Levinson (1987), Lintah
(1983), dan Ide (1989) adalah sangat penting dalam kehidupan sosial dalam usaha
untuk mengelakkan konflik yang mungkin berlaku dalam komunikasi. Namun,
kesopanan digunakan berbeza dalam budaya yang berbeza kerana setiap lafaz tidak
boleh menjadi selain daripada konteksnya. Matlamat kajian ini adalah untuk mengkaji
kesantunan berbahasa dalam bahasa istana berdasarkan peristiwa bahasa iaitu
Istiadat Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan
Agong yang ke-14. Kajian penyelidikan ini memberi tumpuan kepada penggunaan
kosa kata-kosa kata bahasa istana yang digunakan dalam istiadat tersebut. Kedua,
kajian penyelidikan ini juga menumpukan kepada unsur kesantunan berbahasa
berdasarkan penggunaan kosa kata dalam Istiadat Pertabalan Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang ke-14 dan ketiga, kajian ini juga
menghuraikan unsur kesantunan berbahasa dalam konteks yang sepatutnya yang
terdapat dalam istiadat pertabalan tersebut. Bahan atau fokus yang digunakan dalam
kajian ini adalah berdasarkan teks ucapan Istiadat Pertabalan Duli Yang Maha Mulia
Yang Di-Pertuan Agong yang ke-14 yang berlangsung di Istana Negara, Jalan Duta,
Kuala Lumpur. Istiadat pertabalan tersebut telah berlangsung dengan penuh adat
pada bulan April 2012 yang lalu. Oleh hal yang demikian, pengkaji mengambil teks
istiadat tersebut dengan memberi fokus kepada lima teks utama dalam istiadat
tersebut iaitu Surat Pengisytiharan, Warkah Ikrar, teks Ucapan Tahniah dan Ikrar
Taat Setia Kerajaan dan Rakyat Malaysia dari Perdana Menteri Malaysia, teks Titah
Diraja dan teks Bacaan Doa. Teks-teks ini diperolehi dari pihak yang berautoriti iaitu
Bahagian Urusan Diraja, Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur.Oleh hal yang
demikian, dalam kajian penyelidikan ini pengkaji menggunakan gagasan oleh Dell
Hymes yang diperkenalkan pada tahun 1974 iaitu dikenali sebagai SPEAKING.
Gagasan ini digunakan bagi mengaitkan penggunaan bahasa istana dengan konteks
dalam istiadat pertabalan tersebut. Pemilihan teori ini juga adalah berdasarkan
kesesuaiannya dengan aspek yang dikaji iaitu tentang kesantunan berbahasa yang
dikaitkan dengan peristiwa bahasa yang berlaku. Di akhir kajian ini, pengkaji
mengharapkan hasil kajian ini akan dapat membuktikan bahawa aspek kesantunan
berbahasa sangat kuat pegangannya dalam penggunaan bahasa istana di negara
kita.
Collections
- Conference Papers [2600]