Kajian literasi pelajar IPTA terhadap pemahaman amalan Sistem Raja Berperlembagaan Malaysia: Satu analisis deskriptif
Date
2013-06-05Author
Idris, Mohd Noor
Siti Norrafidah, Md. Zin
Dzairi Asrul, Dzainol
Hasnah, Harun
Metadata
Show full item recordAbstract
Sistem pentadbiran negara dunia terbahagi pada raja mutlak, raja berperlembagaan,
republik, presidensi dan sistem satu parti. Negara-negara di Asia ini mengamalkan
sistem pentadbiran yang diamalkan oleh negara kolonial, sejarah bangsa atau
pengaruh sekutunya dari Barat. Malaysia dan Thailand mengamalkan kaedah Raja
Berperlembagaan sesuai dengan sekutu British. Negara Indonesia dan Filipina pula
mengambil kaedah urus tadbir Belanda, Amerika Syarikat dan Sepanyol iaitu
Presidensi. Malaysia terus mengekalkan sistem Raja Berperlembagaan di mana Seri
Paduka Yang Di-Pertuan Agong menjadi Ketua Negara. Perdana Menteri dan kabinet
sebagai badan eksekutif dipilih melalui pilihanraya di peringkat Dewan Rakyat dan
Dewan Undangan Negeri. Kertas ini memberi fokus kepada hasil tinjauan awal tahap
literasi atau celik huruf pelajar universiti tempatan terhadap sistem Raja
Berperlembagaan. Metodologi kutipan data ialah kaji selidik (survey) yang
menggunakan instrumen soal selidik. Sejumlah 38 item dikemukakan kepada 347
responden siswa dan data yang dikutip telah dianalisis menggunakan software
SPSS. Umumnya, hasil dapatan yang diperolehi menunjukkan tahap literasi dan
penerimaan siswa terhadap institusi raja adalah tinggi. Hasil tinjauan ini boleh
menjadi tanda aras kepada kepentingan kaedah Raja Berperlembagaan merentasi
tempoh masa, benua negara, umur penduduk dan kepelbagaian etnik penduduk.
Collections
- Conference Papers [2600]