Show simple item record

dc.contributor.authorShuhairimi, Abdullah
dc.contributor.authorAhmad Zaidi, Johari
dc.contributor.authorHuzili, Hussin, Prof. Madya Dr.
dc.date.accessioned2013-12-20T07:31:36Z
dc.date.available2013-12-20T07:31:36Z
dc.date.issued2013-06-05
dc.identifier.citationp. 137-150en_US
dc.identifier.isbn978-967-5415-57-9
dc.identifier.urihttp://dspace.unimap.edu.my/123456789/30693
dc.descriptionSeminar Raja Melayu (SIRaj) 2013 telah dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis pada 5-6 Jun 2013 bertempat di Lanai Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.en_US
dc.description.abstractSejak 50 tahun Malaysia merdeka, banyak perubahan berlaku terhadap dasar politik, sosial, ekonomi, kebudayaan malah ia turut mempengaruhi pendekatan beragama dalam kalangan orang Melayu. Meskipun begitu, Perlembagaan negara telah memperuntukkan kedaulatan raja dan sultan, hak istimewa orang Melayu, tanah simpanan Melayu, Islam sebagai agama Persekutuan. Perubahan kondisi dan realiti keperluan masyarakat yang dipengaruhi oleh globalisasi telah memberi impak terhadap cara berfikir dan persepsi umat Melayu terhadap institusi Raja-Raja. Justeru itu, kerja kerja ini bertujuan untuk melihat tinjauan menyeluruh mengenai peranan institusi Beraja sebagai faktor teras yang memayungi umat Islam sebagai ketua agama Islam di Tanah Melayu. Sebagai ketua agama ada asas penting yang membolehkan faktor pemayung untuk berkongsi asas kemajuan dan pembangunan berasaskan prinsip keadilan, amanah, timbang rasa dan juga kemanusiaan supaya asas kestabilan dan keamanan terus wujud dan kelangsungan agama Islam dapat diperkasakan. Bagi melestarikan kedaulatan Raja-Raja Melayu dan agama Islam di Tanah Melayu, semua bangsa dan etnik di Tanah Melayu telah bersetuju untuk menerima kemasukan Perkara 3(1) dalam Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan ini. Perkara 3(2) turut dimasukkan untuk menjamin hak-hak, keistimewaan dan kuasa prerogatif Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing. Tanggungjawab untuk memelihara agama Islam sebagaimana yang terkandung dalam sumpah YDPA merupakan amanah yang mesti dilaksanakan oleh semua pihak dalam urusan pemerintahan negara ini, tanpa mengira kaum dan agama. Sebarang usaha daripada rakyat Malaysia sendiri untuk merendah-rendahkan kedudukan agama Islam boleh dianggap sebagai suatu penghinaan kepada Perlembagaan dan negara. Semua pihak perlu mengakui hakikat kedaulatan Raja-Raja Melayu dan Islam yang terkandung dalam sejarah negara ini yang diwarisi secara turun-temurun. Ia perlu dihayati dan dipertahankan kerana sesuatu bangsa yang melupai sejarah bangsanya sendiri pasti kelak akan dihukum disebabkan kealpaan mereka itu. Oleh itu pengiktirafan Perlembagaan tersebut seharusnya mempunyai kesan tertentu. Ia tidak harus dianggap sebagai sesuatu yang sia-sia. Hak, kuasa dan tanggungjawab tersebut mempunyai roh dan jasad. Dengan pengiktirafan tersebut, institusi Raja- Raja dianggap sebagai benteng pertahanan dan sebagai katalis untuk mendaulat dan membumikan Islam di Malaysia bagi berdepan dengan pelbagai cabaran yang menghakis kesucian ajaran Islam.en_US
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Malaysia Perlis (UniMAP)en_US
dc.relation.ispartofseriesProsiding Seminar Institusi Raja (SIRaj) 2013;
dc.subjectInstitusi Raja-Raja Melayuen_US
dc.subjectMalaysiaen_US
dc.subjectIslamen_US
dc.subjectPerlembagaan Persekutuanen_US
dc.subjectMasyarakat Melayuen_US
dc.subjectSejarah Tanah Melayuen_US
dc.titleRelevansi Institusi Raja-Raja Melayu di Malaysia mendaulatkan Islam di Malaysia. Satu sorotan menurut Perlembagaan Persekutuanen_US
dc.typeWorking Paperen_US
dc.publisher.departmentPusat Kajian Institusi Raja Malaysiaen_US


Files in this item

Thumbnail

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record