Show simple item record

dc.contributor.authorSuzana, Sulaiman
dc.contributor.authorKu Amir, Ku Daud
dc.contributor.authorNor Suhaila, Che Pam
dc.date.accessioned2013-12-19T11:48:47Z
dc.date.available2013-12-19T11:48:47Z
dc.date.issued2012-11-20
dc.identifier.citationp. 639-642en_US
dc.identifier.urihttp://dspace.unimap.edu.my/123456789/30616
dc.descriptionMalaysian Technical Universities Conference on Engineering and Technology (MUCET) 2012 organised by technical universities under the Malaysian Technical Universities Network (MTUN), 20th - 21st November 2012 at Hotel Seri Malaysia, Kangar, Perlis.en_US
dc.description.abstractPengguna internet semakin terdedah kepada penjenayah siber yang sentiasa mengambil peluang dan kesempatan. Dunia tanpa sempadan kini merupakan lubuk kepada penjenayah siber bagi melancarkan agenda mereka kepada pengguna yang leka dan tidak berhati-hati khususnya golongan wanita. Kajian ini dijalankan secara kualitatif, iaitu data diperolehi melalui kajian perpustakaan, teks seperti jurnal, buku-buku, tesis, keratan-keratan akbar dan dasar-dasar serta strategi-strategi yang diambil oleh Kerajaan Malaysia bagi mengekang permasalahan ini. Terdapat dua tujuan yang menjadi fokus utama kajian ini, iaitu untuk mengkaji punca berlaku peningkatan mangsa wanita dalam jenayah siber dan mengenal pasti tindakan pencegahan serta penyelesaian terhadap peningkatan kadar mangsa jenayah siber dalam kalangan wanita. Sekiranya dahulu terdapat banyak kes jenayah siber yang melibatkan teknikal dan mereka yang pakar dalam pengkomputeran seperti malware, botnet dan virus, tetapi kini jenayah siber menjurus kepada aktiviti sosial yang melibatkan pelbagai jenis penipuan. Antaranya sebagai mangsa kepada jenayah atau peralatan bagi jenayah atau kedua-duanya seperti operasi input, pemprosesan data, operasi output dan komunikasi data telah digunakan dengan teliti bagi tujuan yang tidak sihat. Hal ini berpunca daripada kurangnya kefahaman dan kesedaran mengenai keselamatan penggunaan komputer dan telefon bimbit telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia ditipu oleh sindiket jenayah siber ini di samping keghairahan untuk mendapatkan seramai mungkin rakan di laman media sosial sehingga mencecah beribu-ribu orang. Pelbagai kesukaran dihadapi oleh pihak berkuasa dalam mencari bahan bukti yang nyata untuk menyelesaikan sesuatu kes jenayah siber. Langkah-langkah pencegahan dan penyelesaian juga digiatkan pihak berkuasa bagi membendung peningkatan jumlah kes jenayah siber di Malaysia. Keprihatinan dan kesedaran golongan wanita terhadap ancaman jenayah siber amat penting agar mereka lebih berhati-hati bagi mengelakkan wanita terus menjadi mangsa keadaan.en_US
dc.language.isootheren_US
dc.publisherMalaysian Technical Universities Network (MTUN)en_US
dc.relation.ispartofseriesProceeding of the Malaysian Technical Universities Conference on Engineering and Technology (MUCET) 2012;
dc.subjectJenayah siberen_US
dc.subjectWanitaen_US
dc.subjectPengguna interneten_US
dc.titleJenayah siber dalam kalangan wanita di Malaysia: Satu tinjauan awalen_US
dc.typeWorking Paperen_US


Files in this item

Thumbnail

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record