• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Memperkasa pengajaran matematik selaras dengan perkembangan bidang kejuruteraan

    Thumbnail
    View/Open
    Access is limited to UniMAP community. (446.1Kb)
    Date
    2008-06-05
    Author
    Mohd Syafarudy Abu
    Maz Jamilah Masnan
    Thirunanthini Manoharan
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) adalah salah sebuah universiti awam yang berteraskan kepada kejuruteraan elektronik. Terdapat enam belas (16) program akademik yang ditawarkan di peringkat ijazah sarjana muda seperti kejuruteraan mikroelektronik, elektrik, komputer, alam sekitar, bio perubatan hinggalah kejuruteraan polimer yang ditawarkan oleh enam pusat pengajian. Sebagai menyokong fungsi dan tanggungjawab UniMAP di persada pendidikan kejuruteraan negara, Institut Matematik Kejuruteraan (IMK) yang baru ditubuhkan telah diamanahkan untuk berperanan sebagai institut yang menawrkan kursus-kursus matematik kejuruteraan kepada pelajar-pelajarnya. Matematik merupakan salah satu tunjang kepada bidang kejuruteraan. Menyedari bahawa peranan pengajaran kursus ini amat penting kepada pengajaran kursus-kursus kejuruteraan yang lain, maka kertas kerja ini akan membincangkan beberapa isu yang perlu diberi perhatian oleh para tenaga pengajar. Antara isu yang akan dibincangkan termasuklah isu berkaitan kesesuaian sukatan kursus-kursus matematik yang ditawarkan terhadap sub bidang kejuruteraan supaya sukatan yang ditawarkan seiiring dan bersesuaian dengan keperluan semasa dalam sektor pembangunan dan perindustrian. Selain itu, penerimaan dan pendedahan kefahaman staf akademik terhadap kepekaan dan keperluan pelajar-pelajar dalam bidang kejuruteraan khususnya dalam pengajaran kuliah dan latihan luar, bertujuan melahirkan jurutera yang celik idea dalam mengendalikan kerjaya mereka pada masa depan.
    URI
    http://dspace.unimap.edu.my/123456789/2614
    Collections
    • Conference Papers [2502]

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback