Tanda Putera
Abstract
Filem ini mengisahkan tentang persahabatan yang akrab di antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan Timbalannya, Tun Dr. Ismail yang terpaksa berahsia serta mengetepikan masalah kesihatan yang dihadapi masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran daripada tercetusnya peristiwa hitam pada 13 Mei 1969. Tanpa pengetahuan masing-masing mereka sebenarnya telah berkongsi doktor yang sama. Mereka memiliki aura yang kuat serta kecekalan dan keazaman mereka telah mencorakkan warna hidup warga muda ketika itu. Tun Abdul Razak bersyukur kerana rakan baiknya iaitu Tun Dr. Ismail yang juga dianggap sebagai orang kepercayaannya, akan dapat meneruskan rancangan mereka bagi pembangunan negara apabila mengetahui penyakit yang dihidapi akan membawa maut. Tetapi apabila terjadinya perkara yang tidak disangka olehnya, Tun Abdul Razak mendapat kejutan besar yang hampir memudaratkan lagi kesihatannya.
Collections
- Today in History [247]