Aplikasi Pemodulat Keamatan Elektro-Optik dalam Sistem Komunikasi Optik
Abstract
Tumpuan kepada perlaksanaan projek ini adalah untuk menganalisa sifat pemodulat keamatan elektro-optik Mach Zehnder yang mana sifat penghantaran optiknya dalam sistem komunikasi boleh dikawal oleh medan elektrik yang dlbekalkan. Kendalian peranti ini adalah berasaskan kesan elektro-optik linear (Pockels) yang biasa dan lithium niobate (LiNbO3) diambil kira sebagai bahan peranti kerana ia memungkinkan kecekapan yang tinggi bagi aplikasi seperti kawalan pemodulatan dan pensuisan. Medan Elektrik akan memodulat cahaya optik dari laser dengan mengubah keamatan cahaya optik keluaran. Projek inijuga memfokuskan kepada penganalisaaan terhadap kesan medan elektrik elektrod ke atas ciri-ciri fasa gelombang, kuasa pemacu optima yang diperlukan oleh pemodulat tersebut dengan menetapkan beberapa parameter peranti tersebut. Bagi menganalisis kesan elektro-optik, pengiraan matematik dibuat menggunakan perisian simulasi MATLAB dan BPM_CAD (Beam Propagation Method). Perubahan fasa cahaya mempengaruhi keamatan keluaran cahaya berdasarkan nilai (Vπ) voltan separuh gelombang peranti pemodulat yang diperolehi.