Memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di institusi pengajian tinggi: satu analisis
Abstract
Isu bahasa Melayu dalam zaman globalisasi terus menjadi topik perbincangan dan sering dipolemikkan oleh pelbagai pihak dalam usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Melihat senario yang berlaku pada hari ini, hampir semua negara maju telah meletakkan bahasa Inggeris sebagai bahasa
ilmu yang menjadi pra syarat penguasaan ilmu di peringkat tinggi. Tambahan lagi dalam
bidang sains dan teknologi, bahasa Inggeris diiktiraf sebagai bahasa yang mendominasi
ilmu-ilmu yang bersifat teknikal. Penulisan ini cenderung untuk membincangkan pandangan para sarjana berkaitan kelangsungan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan menganaiisis pandangan terse but untuk mendapat satu rumusan yang konkrit. Oleh yang demikian didapati usaha untuk meningkatkan penguasaan bidang sains dan teknologi tidak sepatutnya mematikan kelestarian fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu khususnya di peringkat pengajian tinggi.
Collections
- Conference Papers [2600]