Cabaran pendidikan masyarakat Melayu: satu tinjauan sejarah dan masa kini
Abstract
Pendidikan memainkan peranan bagi membangun dan mentamadunkan individu, rnasyarakat, dan negara. Masyarakat Melayu diperkenalkan dengan sistem pendidikan semenjak kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Pada era tersebut, sistem pendidikan rnasyarakat Melayu berteraskan kepada pendidikan Islam. Namun, selepas kedatangan penjajah Inggeris, sistem pendidikan Melayu mengalami perubahan. Masyarakat Melayu berhadapan dengan cabaran apabila pihak penjajah melaksanakan sistem pendidikan berasaskan pendidikan Inggeris. Hal ini kerana sekolah-sekolah aliran Inggeris mengajar mata pelajaran dalam bahasa Inggeris sedangkan majoriti bangsa Melayu tidak berbahasa Inggeris. Meskipun negara kita Malaysia telah mencapai kemerdekaan, dasar-dasar yang diperkenalkan oleh pihak penjajah ini masih terkesan dalam jiwa masyarakat Melayu. Malahan pihak Barat sentiasa berusaha memperkenal dan menyebarkan ideologi-ideologi dan budaya-budaya mereka kepada masyarakat Melayu khususnya golongan remaja. Perkara ini merupakan cabaran yang lebih sengit berbanding cabaran yang dihadapi oleh generasi terdahulu pada zaman penjajahan.
Collections
- Conference Papers [2600]