Program j-QAF mentransformasi aspirasi pendidikan, menginovasi penciptaan warisan, mengintegriti bangsa melalui bahasa ketuhanan
Abstract
Membangun, membina dan memajukan sebuah negara adalah bermula dari institusiinstitusi
asasi seperti institusi keluarga dan kampung - penempatan - sehingga kepada institusi yang lebih luas yang dianggotai oleh ribuan hingga jutaan institusi asasi tadi seperti institusi pendidikan. Lestarinya institusi pendidikan itu pula bergantung kepada keprihatinan- empati dan simpati terhadap kelompangan, kebejatan serta kemunduran bangsa - dan kecerdikan ahli yang mempunyai wewenang dalam pembikinan dasar yang boleh mengubat-rawat dan sekaligus melahirkan bangsa yang mempunyai kualiti sahsiah dan kemahir.m yang diharapkan sebagai model modal ins an terpuji yang akan menjadi agen dan pewaris penerus kegemilangan ketamadunan lahiriah dan batiniah sesebuah negara. Bertiti-tolak dari pemyataan di ataslah kita dapat melihat kerajaan telah mengubal-laksanakan satu dasar yang amat muhim untuk memastikan bahawa
warganegara yang akan dilahirkan kelak adalah terdiri daripada insan-insan yang cukup
dan sempuma sifat batiniah - akhlak terpuji dan berintegriti tinggi - yang dampaknya
sangat jelas pada lahiriah. Dasar itu pula periu bagi memastikan sumber ekonomi unggul iaitu modal insan itu tidak cacat atau terencat tindak-tanduk dan fikimya dalam
memimpin, mentadbir dan mengurus agama, bangsa dan negara. Maka dengan keprihatinan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi yang mahsyur dengan gagasan syurnul Islam Hadhari, terlahirlah satu dasar baharu pendidikan yang akan memacu kemajuan negara yang serba-serbi memplmyai keseimbangan emosi dan fizik iaitu program j-QAF (Jawi,Quran,Arab,Fardhu Ain) bagi sekolah rendahjuga akan diteruskan perlaksanaannya di peringkat sekolah menengah pula. Program j-QAF ini tidak hanya sekadar gagasan biasa, namun ianya muncul setelah melihat tahap
penghayatan murid terhadap Quran dan amalan-amalan wajib agama semangkin merosot dan membimbangkan. Rentetan itu, barulah terserlah bahawa bertapa pentingnya tulisan jawi yang pernah suatu ketika disenyapkan dari arus pendidikan Negara.
Collections
- Conference Papers [2599]