Amalan kepimpinan pengajaran pengetua di sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesan
Abstract
Kajian ini memberikan tumpuan terhadap tahap amalan kepimpinan pengajaran pengetua dari segi pengamalan dimensi kepimpinan pengajaran antara sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesan. Kajian ini dilaksanakan di 5 buah
sekolah berkesan dan 5 buah sekolah kurang berkesan yang terdapat di negeri Perlis.
Satu set borang soal selidik telah diedarkan kepada guru-guru yang mengajar di
sekolah tersebut secara rawak bebas. Sebanyak 350 borang soal selidik telah diedarkan dan jumlah yang diterima semula adalah sebanyak 322. Seramai 164 orang responden terdiri daripada guru-guru yang mengajar di sekolah berkesan dan selebihnya iaitu serarnai 158 Orang responden terdiri daripada guru-guru yang mengajar di sekolah kurang berkesan telah mengisi borang soal selidik. Sebanyak lima hipotesis alternatif telah dibina dan diuji dengan menggunakan kaedah statistik min dan ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam
dimensi mentafsir dan menyampaikan matlamat, dimensi mengurus kurikulum dan pengajaran dan dimensi memupuk iklim pembelajaran yang positif antara sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesan. Manakala bagi dimensi mencerap dan memberi maklum balas kepada guru dan dimensi menilai program pengajaran, dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesan. Secara keseluruhannya, statistik deskriptif yang diperolehi menunjukkan bahawa tahap pengamalan tingkah laku kepimpinan pengajaran
pengetua di sekolah berkesan adalah lebih tinggi iaitu pada min (M=3.80, SD=.59) berbanding sekolah kurang berkesan iaitu pada min (M=3.62, SD= .50). Kesimpulannya, pengetua di sekolah berkesan mengamalkan tingkah laku kepimpinan pengajaran lebih tinggi berbanding pengetua sekolah kurang berkesan.
Collections
- Conference Papers [2600]