Pengoptimuman parameter pengacuan bagi mengurangkan kecacatan jasad anum proses pengacuan suntikan logam (MIM)
View/ Open
Date
2008-06Author
Khairur Rijal, Jamaludin
Norhamidi, Muhamad, Assoc. Prof.
Mohd. Nizam, Ab. Rahman, Dr.
Sri Yulis, M. Amin
Murtadhahadi, Ir.
Metadata
Show full item recordAbstract
Parameter penyuntikan bagi menyuntik bahan suapan MIM untuk mengurangkan kecacatan fizikal telah dioptimumkan dengan menggunakan tatacara ortogonal L27 (313). Parameter yang dioptimumkan adalah tekanan penyuntikan, suhu penyuntikan, beban serbuk, suhu acuan, tekanan pegangan dan kadar penyuntikan. Adunan bahan suapan merupakan adunan serbuk logam SS316L dalam taburan bimodal yang diadunkan dengan bahan pengikat polietelena glikol (PEG), polymethyl methacrylate (PMMA), dan asid sterik sebagai bahan pengikat. Selain dari mengkaji parameter-parameter tunggal, interaksi bagi tekanan penyuntikan, suhu penyuntikan dan beban serbuk juga turut dikaji. Analisis Anova-Pareto bagi nisbah isyarat hingar (S/N) yang terkecil terbaik digunakan untuk melihat pengaruh parameter-parameter yang dikaji. Keputusan menunjukkan interaksi di antara tekanan dan suhu penyuntikan mempunyai pengaruh yang tertinggi (19.39 %) diikuti interaksi di antara tekanan penyuntikan dan beban serbuk (17.77 %) dan, kadar penyuntikan (14.41 %). Di samping itu, kadar penyuntikan merupakan parameter tunggal yang mempunyai pengaruh besar ke atas kecacatan jasad anum sebanyak 14.41 %, manakala suhu penyuntikan dan tekanan pegangan mempunyai pengaruh yang amat kecil iaitu 0.27 % dan 0.58 % masing-masing. Keputusan kajian menunjukkan parameter penyuntikan optimum adalah seperti berikut: 350 bar (tekanan penyuntikan); 150 oC (suhu penyuntikan); 64 % isipadu (beban serbuk); 51 oC (suhu acuan); 700 bar (tekanan pegangan); dan 15 ccm/s (kadar penyuntikan). Nisbah hingar pada keadaan optimum adalah pada -2.46 dB ±2.05 pada aras keyakinan 90 %. Parameter optimum ini telah disahkan dengan eksperimen pengesahan terhadap sepuluh sampel dan nisbah hingar yang diperolehi ialah -2.55 dB yang berada dalam julat keadaan yang optimum.
URI
http://www.myiem.org.my/content/iem_journal_2008-179.aspxhttp://dspace.unimap.edu.my/123456789/13726
Collections
- IEM Journal [310]