Keberkesanan pembakaran udara berperingkat dalam mengurangkan emisi dari pembakar berbahanapi gas
Abstract
Process pembakaran dari pembakar yang menggunakan gas sebagai bahanapi berkecenderungan untuk memancarkan emisi
yang mengandungi pelbagai bahan cemar seperti NOx, CO, CO2 dan sebagainya. Emisi ini perlu dikurangkan kerana
kesannya boleh mendatangkan bencana yang buruk ke atas kehidupan di muka bumi. Oleh itu, kajian prestasi bagi pembakar
ini amat penting bagi memastikan pembakar dapat beroperasi dengan cekap dalam keadaan penghasilan emisi yang rendah.
Ujikaji dijalankan dengan cara mengawal parameter kadar alir udara pada nilai 7, 8, 9, 10 dan 12 g/s. Ujikaji juga turut
melibatkan suntikan udara berperingkat bagi mengkaji kesan pengurangan emisi. Hasil ujikaji menunjukkan keadaan
pengoperasian pembakar yang optimum adalah pada nisbah kesetaraan 0.86 iaitu pada nilai 17.69 kW
URI
http://www.myiem.org.my/content/iem_journal_2005-176.aspxhttp://dspace.unimap.edu.my/123456789/13652
Collections
- IEM Journal [310]