Ciri-ciri usahawan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia: Program kejuruteraan di UniMAP
Abstract
Institusi pengajian tinggi di Malaysia merupakan pusat latihan dan bimbingan yang terbaik
dalam melahirkan usahawan yang berjaya dan mempunyai tahap ketahanan yang tinggi
dalam pasaran. Kebolehan pelajar menjadi usahawan semasa mereka belajar di universiti
sangat berkait rapat dengan kemampuan mereka berdikari selepas mereka keluar dari alam
universiti. Kertas ini menerangkan beberapa ciri usahawan pelajar yang boleh dijadikan
panduan kepada pihak universiti untuk membangunkan dan mengenal pasti pelajar-pelajar
yang mempunyai potensi sebagai usahawan dan seterusnya memberikan sokongan dan
bantuan yang diperlukan bagi mengembangkan bakat yang mereka miliki. Pengenalan ciriciri
usahawan pelajar ini juga akan menjadi panduan kepada pelajar mengembangkan bakat
mereka dan kepada pendidik dan pentadbir universiti untuk membangunkan kurikolum dan
kemudahan yang sewajarnya.
Collections
- Conference Papers [2600]