Promosi UniMAP: Keberkesanan dan hala tuju
Date
2010-11-12Author
Julinawati, Suanda
Che Mohd. Ruzaidi, Ghazali, Prof. Madya
Mohd. Mustafa Al Bakri, Abdullah
Zuber, Haji Mohamad
Ruzalina, Ibnu Ruslan
Nor Azmah, Abd. Karim
Metadata
Show full item recordAbstract
Kajian ini dibangunkan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan semua pelaksanaan
aktiviti promosi melalui kaedah-kaedah yang telah ditetapkan. Kajian ini akan
menggunakan kaedah kaji selidik yang mana soalan kaji selidik yang terdahulu
dibangunkan mengandungi butiran peribadi responden dan 7 soalan utama berkisar
mengenai promosi UniMAP. Soalan dibangunkan dengan menggunakan skala 1 (Setuju),
2 (Berkecuali) dan 3 (Tidak Bersetuju) serta soalan pillihan yang diberikan. Soal selidik
diedarkan semasa Minggu Suaikenal Sidang Akademik 2010/2011. Kaedah kajian ini
dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik untuk mengumpul data. Analisis
dibuat menggunakan aplikasi Statistical Package For The Social Sciences (SPSS).
Promosi yang dipelbagaikan di UniMAP merupakan medium utama untuk menarik bakal
pelajar untuk mengenali UniMAP dan seterusnya memilih UniMAP sebagai pilihan 1-8.
Kajian ini akan memaparkan keberkesanan segala strategi yang telah dibangunkan untuk
menarik perhatian bakal pelajar dan kumpulan sasaran yang telah ditetapkan. Kajian
keberkesanan ini penting untuk menilai sejauh mana relevannya penggunaan kaedah
yang diaplikasikan sebelum ini. Kajian seterusnya dapat digunakan oleh Jawatankuasa
Promosi Universiti untuk menilai sama ada masih relevan atau tidak kaedah promosi
yang digunakan sekarang dan seterusnya dapat membawa kepada pembangunan kaedahkaedah
terbaru yang dirasakan perlu.
Collections
- Conference Papers [2600]