Aplikasi konsep Library 2.0 dalam perkhidmatan dan pengurusan sumber maklumat elektronik
Abstract
OPAC merupakan perkhidmatan tradisi perpustakaan yang mengamalkan
pendekatan komunikasi sehala. Begitu juga dengan perkhidmatan sumber
maklumat elektronik yang ditawarkan oleh kebanyakan pembekal pangkalan
data maklumat elektronik. Kertas ini akan membincangkan secara ringkas
konsep dan aplikasi Web 2.0 dan Library 2.0 meliputi definisi, teknologi yang
digunakan dan beberapa laman web yang mengaplikasikan konsep Web 2.0.
Perpustakaan konvensional mengamalkan komunikasi maklumat sehala
berbanding dengan konsep Library 2.0 yang menitikberatkan komunikasi
maklumat berbagai hala. Library 2.0 memberikan keutamaan kepada
pengguna perpustakaan untuk menyumbangkan pengalaman dan pandangan
mereka terhadap koleksi dan perkhidmatan perpustakaan. Library 2.0
bolehlah dikatakan perkhidmatan perpustakaan dari perspektif pengguna dan
boleh menarik minat pengguna untuk memperkayakan sumber maklumat.
‘Enhanced OPAC’ juga dikenali OPAC 2.0 melibatkan perlaksanaan fungsi
baru dalam sistem pencari maklumat, penggunaan teknologi terkini untuk
pertukaran data, kandungan tambahan yang memberi penerangan lanjut
berhubung dengan bahan dalam koleksi perpustakaan, berupaya
menggunakan perkhidmatan pihak ketiga dan penggunaan aplikasi Web 2.0.
Pengguna akan memperolehi maklumat yang lebih terperinci berkaitan bahan
dalam koleksi perpustakaan dan juga boleh menyumbangkan pandangan
mereka terhadap koleksi perpustakaan di masa hadapan. Kertas ini
menerangkan konsep dan kaedah mengaplikasikan konsep Library 2.0 untuk
meningkatkan keupayaan perkhidmatan OPAC dan memuaskan keperluan
pengguna terutamanya generasi kini yang dikenali ‘Net Generation’.
Collections
- Conference Papers [2600]