Aliran lapisan sempadan terhadap helaian mengecut dengan kesan sedutan dalam bendalir mikrokutub
Abstract
Telatah aliran lapisan sempadan mantap dalam bendalir mikrokutub terhadap helaian mengecut dengan kesan sedutan dikaji secara berangka. Persamaan lapisan sempadan terjelmakan diselesaikan menggunakan kaedah kotak Keller. Kesan parameter bahan, parameter sedutan dan nombor Prandtl terhadap ciri-ciri aliran bendalir dan pemindahan haba dibincangkan. Didapati parameter bahan mengurangkan pekali geseran kulit dan kadar pemindahan haba pada permukaan, sebaliknya kesan sedutan meningkatkan kedua-dua kuantiti tersebut. Kadar pemindahan haba pada permukaan meningkat dengan pertambahan nombor Prandtl. Penyelesaian hanya wujud bagi julat nilai parameter sedutan s.
Collections
- Conference Papers [2600]