Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/84482
Title: The use of Cactus opuntia as natural coagulant in wastewater treatment
Authors: Tuan Azwa Hazikah, Tuan Aziz
Faculty of Engineering Technology
Johan Ariff Mohtar
Issue Date: Dec-2018
Publisher: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Abstract: Air sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Air menjadi air kumbahan disebabkan oleh populasi yang semakin meningkat, peningkatan aktiviti ekonomi dan aktiviti perindustrian. Air buangan yang tidak dapat dielakkan boleh menyebabkan kesan negatif kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Terdapat banyak bahan pencemar yang boleh didapati dalam air sisa seperti logam, patogen dan fostat. Oleh itu, perlu mencari kaedah yang sesuai untuk rawatan air sisa. Dalam kajian ini, kebolehan Kaktus opuntia sebagai bahan pengumpal semulajadi dalam merawat air sungai dan Kaolin dilakukan dengan menggunakan peralatan Jar Test yang terletak di Makmal Alam Sekitar di Kampus Uniciti Alam dengan kelajuan pencampuran pesat sebanyak 130rpm selama 3 minit., kelajuan pencampuran perlahan sebanyak 80 rpm selama 20 minit dan masa pemendapan selama 30 minit. Ciri-ciri Kaktus opuntia telah dijalankan berdasarkan ciri-ciri kumpulan berfungsi dan potensi zeta untuk menentukan kumpulan berfungsi dan mekanisme pengumpalan yang terlibat dalam proses pengumpulan-pengelompokan. Kaktu opuntia dapat mengurangkan kekeruhan (74.39 + 0.82%) dalam air sunagi dan (89.52 + 0.96%) di dalam air kumbahan buatan manusia (air kaolin) dengan dos optimum yang sama iaitu 20 mg/L dan pada pH 5. oleh itu, ia dapat disimpulkan bahawa Kaktus opuntia paling berkesan dalam merawat air Kaolin berbanding air sungai. Oleh sebab Kaktus opuntia dapat mengurang kekeruhan yang tinggi di dalam air, kos rendah dan kurang kesan negatif terhadap alam sekitar, maka Kaktus opuntia mempunyai potensi untuk dijadikan pembantu bahan pengumpal untuk rawatan air.
Description: Access is limited to UniMAP community.
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/84482
Appears in Collections:Faculty of Engineering Technology (FYP)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Abstract, Acknowledgement.pdf573.2 kBAdobe PDFView/Open
Introduction.pdf637.94 kBAdobe PDFView/Open
Literature Review.pdf741.09 kBAdobe PDFView/Open
Methodology.pdf764.96 kBAdobe PDFView/Open
Result and Discussion.pdf686.64 kBAdobe PDFView/Open
Conclusion.pdf566.25 kBAdobe PDFView/Open
References and Appendices.pdf848.16 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.