Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/8035
Title: Rancangan hiburan di televisyen: ke arah peminggiran 'Bahasa Jiwa Bangsa'
Authors: Nasihah, Hashim
Nuraini, Yusoff
Marzalina, Mansor
Faizah, Ahmad
Ainal Akmar, Ahmad
h.nasihah@uum.edu.my
nuraini@uum.edu.my
marzalina@uum.edu.my
ainal@uum.edu.my
a.faizah@uum.edu.my
Keywords: Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA)
Rancangan hiburan televisyen
Tatabahasa
Bahasa rojak
Bahasa slanga
Kesantunan bahasa
Issue Date: 29-Mar-2010
Publisher: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Series/Report no.: Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA) 2010
Abstract: Faktor utama yang dikenal pasti dalam pembentukan tamadun manusia ialah agama dan bahasa (Braudel, 1993; Huntington, 1996; T. A. Ridwan, 2004). Kini, tamadun manusia boleh dikatakan berada di puncak kegemilangan, namun agama dan bahasa tetap menunjangi pembentukan modal insan yang menjana ketamadunan tersebut. Tidak hairanlah seandainya sesuatu tamadun akan terhakis dengan terhakisnya bahasa, dan bangsa akan pupus dengan pupusnya bahasa. Justeru, dalam makalah ini akan ditinjau aspek pembangunan modal insan dari sudut penggunaan bahasa Melayu di televisyen. Umum sedia maklum bahawa televisyen antara media yang berkesan untuk mempengaruhi masyarakat khususnya golongan remaja dan pelajar. Pandangan ini turut disokong oleh pelbagai dapatan penyelidikan. Jadi, sejauh manakah slogan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ mendapat sokongan daripada media? Hakikatnya bahasa bukan sahaja melibatkan kata-kata tetapi merangkumi keseluruhan roh dunia bangsa Melayu. Kemusykilan ini telah mendorong pengkaji meneliti rancangan-rancangan hiburan di televisyen. Rancangan-rancangan tersebut ialah Melodi, Sempurnakan Harimu, Muzik Muzik, Mencari Cinta, Terjah, Galaksi, dan Fuhh.. Kajian mendapati bahawa pengacara dan tetamu yang terlibat turut meminggirkan kemurnian bahasa Melayu. Peminggiran bahasa tersebut dapat dikategorikan seperti berikut, iaitu tatabahasa, bahasa rojak, bahasa slanga dan kesantunan bahasa. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana dalam tahun 2010 didapati semakin banyak rancangan hiburan yang lebih ‘berani’ diterbitkan berbanding lima tahun yang lalu. Oleh yang demikian, pembangunan modal insan menuntut supaya pihak media khususnya penerbit-penerbit rancangan hiburan untuk bertanggungjawab dalam melestarikan kemurnian bahasa melalui pendidikan tidak formal ini agar tidak bersubahat dalam peminggiran ‘Bahasa Jiwa Bangsa’.
Description: Seminar berlangsung pada 29 - 31 Mac 2010 di Dewan Kapitol UniMAP, Kangar, Perlis.
URI: http://dspace.unimap.edu.my/123456789/8035
Appears in Collections:Conference Papers

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
8.RANCANGAN HIBURAN DI TELEVISYEN KE ARAH PEMINGGIRAN 'BAHASA JIWA BANGSA' - UUM.pdf198.97 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.