Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/7935
Title: Perkembangan pendidikan anak-anak Melayu di Melaka: satu imbasan sejarah
Authors: Nor Fazilah, Abdul Hamid
Nooraini, Sulaiman
Nor Azilah, Ahmad
Hanissah, Mohamad
fazilah@utem.edu.my
Keywords: Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA)
Pendidikan
Malaysia -- History
Education, Elementary -- Malaysia -- Malaya -- History
Melayu
Issue Date: 29-Mar-2010
Publisher: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Series/Report no.: Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA) 2010
Abstract: Kerajaan British pada awalnya tidak berhasrat untuk memajukan bidang pendidikan semasa mereka menjajah Tanah Melayu pada abad ke-19. Ini disebabkan pihak British berpendapat bahawa pendidikan khususnya untuk orang-orang Melayu tidak mendatangkan faedah dan dikhuatiri akan menimbulkan kesedaran pada golongan terdidik untuk menentang kerajaan British. Motif asal penjajahan pihak British adalah untuk mengaut kekayaan bumi Melayu menyebabkan mereka tidak mahu mencampuri urusan meningkatkan taraf hidup dan masyarakat pribumi yang dijajahnya itu. Pengalaman penjajahan British di India yang memberi kebebasan pendidikan yang berlebihan kepada rakyat India menyebabkan masyarakat pribumi itu telah bangun menentang pihak penjajah. Pengalaman pahit penentangan rakyat India pada waktu dahulu memperingatkan kepada pihak British supaya mengenepikan soal pendidikan untuk orang Melayu agar tidak timbul penentangan kelak. Namun atas desakan pembesar-pembesar Melayu, pihak pemerintah British di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB), pihak British merasakan ada baiknya memberikan pendidikan setakat pendidikan rendah untuk orang Melayu. British berpendapat hutang budi mereka kepada Raja-Raja Melayu telah dapat dibayar. Ini adalah balasan kepada Raja Melayu seperti yang dikatakan oleh pegawai British: “Government interest in Malay Education was of course dictated by a sense of duty towards a people with whome the British had assume certain treaty obligations”
Description: Seminar berlangsung pada 29 - 31 Mac 2010 di Dewan Kapitol UniMAP, Kangar, Perlis.
URI: http://dspace.unimap.edu.my/123456789/7935
Appears in Collections:Conference Papers

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Perkembangan Pendidikan Anak-Anak Melayu Di Melaka; Satu Imbasan Sejarah.pdf99.74 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.