Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/77357
Title: Konsep dan praktis nilai-nilai murni dalam cerminan kemanusiaan
Authors: Alias, Azhar
Shuhairimi, Abdullah
Mohamad Khairi, Othman
Issue Date: 2022
Publisher: Penerbit UniMAP (UniMAP Press)
Citation: 159 halaman, RM 30.00
Abstract: Konsep dan praktis nilai-nilai murni dalam cerminan kemanusiaan memerihalkan pengertian dan pemahaman berkaitan falsafah, prinsip dan konsep nilai-nilai murni secara universal yang dikupas dalam konteks kemanusiaan. Secara umumnya, Islam mempunyai kerangka yang tersendiri dalam mengetengahkan konsep nilai-nilai murni kemanusiaan. Pada pandangan ajaran Islam, konsep tersebut perlu difahami melalui pengalaman dan pemikiran manusia yang rasional serta dipandu melalui kerangka wahyu, iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Secara umumnya, buku ini mengetengahkan keperluan penerapan nilai murni dalam pendidikan dan nilai-nilai peribadi asas dalam perkhidmatan awam berfokus kepada konsep dan pendekatan yang berkesan. Meskipun telah ada buku-buku berkaitan nilai-nilai murni, namun perbahasan dan perbincangan buku ini adalah untuk memberi gambaran yang mudah dan jelas kepada para pembaca berkaitan keperluan dan kepentingan serta falsafah di sebalik perlaksanaan nilai-nilai murni dalam kehidupan manusia. Mudah-mudahan buku ini bakal menjadi rujukan asas kepada para pendidik dan guru serta penjawat awam dalam merealisasikan usaha penghayatan nilai-nilai dalam kerjaya dan kehidupan harian.
Description: Books order can be made directly to UniMAP Press, Universiti Malaysia Perlis. (https://www.unimappress.com.my/)
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/77357
Appears in Collections:Books

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Konsep dan praktis.jpgBook cover29.14 kBJPEGView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.