Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/72456
Title: Pengoptimuman parameter penuangan untuk Aloi Magnesium (Mg) sebagai anod korbanan bagi kegunaan bawah tanah
Authors: Azmi, Rahmat, Prof. Dr.
Keywords: Cathodic protection
Corrosion resistant alloys
Magnesium alloys
Alloys
Aloi Magnesium (Mg)
Anod korbanan
Publisher: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Abstract: Perlindungan katod merupakan kaedah yang digunakan secara meluas bagi mengawal kadar kakisan terhadap bahan berunsur logam di dalam persekitaran bawah tanah yang berair. Pengunaan anod korbanan merupakan antara kaedah perlindungan katod yang sering digunakan. Aloi Mg adalah bahan yang sangat sesuai bagi dijadikan anod korbanan kerana mempunyai kadar keelektronegatifan yang tinggi. Di dalam kajian ini, pengoptimuman parameter penuangan untuk aloi Mg sebagai anod korbanan bagi kegunaan bawah tanah menjadi matlamat utama dalam menghasilkan anod berprestasi yang tinggi. Ujian elektrokimia serta air tanah buatan sebagai medium elektrolit dilakukan bagi menganalisis kecekapan anod, keupayaan kakisan, kadar kakisan dan juga ketumpatan arus kakisan. Setiap sampel aloi Mg yang dihasilkan menggunakan suhu peleburan dan suhu pemanasan acuan yang berbeza. Pemilihan suhu penuangan dan suhu pemanasan acuan yang sesuai dapat memberikan perubahan yang ketara ke atas sifat-sifat aloi. Hasil kajian menunjukkan suhu pemanasan acuan yang tinggi dan suhu leburan aloi yang rendah dapat memberikan penyejukan leburan aloi secara perlahan dan sekata seterusnya dapat menghasilkan struktur ira yang lebih besar.
Description: Master of Science in Materials Engineering
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/72456
Appears in Collections:School of Materials Engineering (Theses)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Page 1-24.pdfAccess is limited to UniMAP community.330.27 kBAdobe PDFView/Open
Full text.pdfThis item is protected by original copyright.5.69 MBAdobe PDFView/Open
Hazrin Jahidi.pdfDeclaration of Thesis3.03 MBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.