Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69139
Title: Memperkasakan kaum wanita melalui pendidikan dan kerelevanannya kepada kemanusiaan: satu bacaan feminisme pasca kolonial dalam the Stillborn dan Mencari Azizah
Authors: Shakti Nagesvari, Paramasivan
shakti.1011@gmail.com
Keywords: Feminis
Patriarkal
Diskriminasi
Kebebasan
Pendidikan
Issue Date: 2019
Publisher: Penerbit UniMAP (UniMAP Press)
Citation: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 153-158
Series/Report no.: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19);
Abstract: Kertas kerja ini memberi fokus kepada peranan pendidikan dalam pembentukan identiti dan jati diri watak wanita dalam novel The Stillborn oleh Zaynab Alkali dan Mencari Azizah oleh Khadijah Hassim. Kritikan terhadap hegemoni Barat yang dibawa oleh Chandra Talpade Mohanty dalam Feminisme Pasca Kolonial digunakan sebagai kaedah analisis untuk kedua buah novel ini. Pengarang wanita dari Nigeria dan Malaysia ini mempunyai kesedaran tentang kedudukan kaum wanita dalam sistem sosial setempat yang masih menyekat dan mengongkong hak dan kebebasan wanita dalam pelbagai aspek seperti pendidikan, perkahwinan, pemilikan harta, hak atas diri sendiri dan kebebasan bersuara. Maka, kertas kerja ini bertujuan untuk menghubungkan dimensi antara perdebatan global yang berterusan tentang sistem patriarkal yang masih dipraktikkan dalam pelbagai aspek kehidupan manusia dengan memberi fokus kepada hasil karya pengarang Malaysia dan Nigeria. Dalam kedua buah novel ini, Alkali dan Khadijah membawa wawasan bahawa pendidikan adalah senjata terbaik untuk membebaskan fizikal dan mental wanita dari terus didiskriminasi dan dipinggirkan dalam sistem patriarkal setempat. Alkali dan Khadijah telah mengiktiraf kekuatan, ketekunan, cabaran, keberanian dan keunikan watak wanita dalam menyampaikan realiti kehidupan wanita dalam sistem patriarki setempat.
Description: Link to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69139
ISBN: 978-967-0922-79-9 (online)
Appears in Collections:Conference Papers

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Memperkasakan kaum wanita melalui pendidikan 1-14.pdfMain article605.43 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.