Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69134
Title: Kuih-muih tradisional etnik Brunei di Sabah: suatu simbol dalam adat dan budaya
Authors: Surayah, Hj Bungsu
Humin, Jusilin
rinnsuraya_rsb@yahoo.com
Keywords: Etnik Brunei
Simbol
Identiti
Budaya
Kuih tradisional
Issue Date: 2019
Publisher: Penerbit UniMAP (UniMAP Press)
Citation: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 779-788
Series/Report no.: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19);
Abstract: Negeri Sabah merekodkan lebih daripada 35 etnik atau kaum. Kepelbagaian kaum atau etnik mewujudkan kerencaman budaya dari segi makanan dan kuih-muih. Etnik Brunei dalam kajian ini terkenal dengan kuih-muih tradisional dalam pelbagai rupa, bentuk dan rasa yang diwarisi secara turun-temurun. Walau bagaimanapun, kepelbagaian jenis kuih tradisional Brunei menampilkan persamaan dengan budaya lain di Sabah. Persamaan ini adalah akibat asimilasi budaya dengan etnik lain yang menyukarkan kita untuk menentukan siapa sebenarnya pemilik budaya dan tradisi ini. Persamaan budaya ini melibatkan bahan dan cara pembuatan kuih-muih yang amat berkait rapat dengan upacara adat seperti keramaian, kenduri-kendara, perkahwinan, kelahiran atau kematian. Kajian ini dijalankan untuk menyingkap keunikan dan identiti budaya dalam kuih-muih tradisional sehingga ia menjadi simbol dan identiti adat orang Brunei. Simbol dan identiti budaya diterjemahkan menerusi rupa, bentuk dan fungsi estetika yang diwarisi secara turun-temurun. Keunikan kuih tradisi dalam konteks budaya etnik Brunei adalah pancaran pemikiran yang kreatif, menjelaskan jati diri dan identiti budaya mereka. Kajian lapangan ini melibatkan dua buah kampung etnik Brunei di daerah Beaufort, iaitu di Kampung Weston dan Kampung Lubuk. Data-data penyelidikan dianalisis dengan menggunakan pendekatan Feldman (1967) yang mencadangkan empat tahap yang sistematik iaitu tahap deskripsi, analisis formal, interpretasi dan penilaian. Aplikasi pendekatan ini digunakan untuk membincangkan elemen yang bermula daripada teknik pembuatan, bahan, rupa dan bentuk kuih-muih tradisi dalam konteks adat dan budaya etnik Brunei di Daerah Beaufort. Kajian yang bersifat kualitatif ini menggunakan data-data daripada lapangan melalui kaedah temu bual, pemerhatian dan penglibatan turut serta oleh pengkaji. Informan yang terlibat dipilih berdasarkan kepakaran dan pengalaman dalam pembuatan kuih-muih tradisional serta kearifan mereka tentang adat dan budaya etnik Brunei. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kewujudan kuih-muih tradisional yang diwarisi oleh etnik Brunei memaparkan adat yang menjelaskan simbol, jati diri dan nilai estetika yang perlu dipelihara.
Description: Link to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69134
ISBN: 978-967-0922-79-9 (online)
Appears in Collections:Conference Papers

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kuih-muih Tradisional 779-788.pdfMain article742.65 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.