Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69127
Title: ‘Suka’ dan ‘Nangis’ di Pulau Pinang: analisis Geolinguistik
Authors: Junaini, Kasdan
Syarif, Abas
Nor Hashimah, Jalaluddin
Harishon, Radzi
Fazal Mohamed, Mohamed Sultan
junaini@ukm.edu.my
Keywords: Dialek Pulau Pinang
Geolinguistik
Geographic Information System (GIS)
Suka
Nangis
Emosi
Issue Date: 2019
Publisher: Penerbit UniMAP (UniMAP Press)
Citation: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 881-896
Series/Report no.: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19);
Abstract: Kajian dialek geografi di Malaysia sebelum ini telah memberikan maklumat taburan dialek secara umum berdasarkan perbezaan fonologi dan leksikal. Kajian tersebut juga telah menjadi asas kepada kajian geolinguistik pada hari ini. Dalam kajian kali ini, leksikal yang melibatkan emosi, iaitu ‘suka’ dan ‘nangis’ dalam dialek Melayu di Pulau Pinang telah diteliti. Berasaskan analisis geolinguistik, elemen linguistik digabungkan bersama dengan faktor bukan linguistik, seperti bentuk muka bumi, persempadanan, migrasi dan sejarah. Data kajian diperoleh daripada wawancara berstruktur terhadap responden yang terdiri daripada golongan remaja, dewasa dan warga tua. Kajian menunjukkan bahawa kedua-dua leksikal, ‘suka’ dan ‘nangis’ mempunyai tujuh varian. Taburan varian leksikal tersebut dipetakan menggunakan bantuan perisian Sistem Maklumat Geografi (Geographic Information System – GIS). Perbandingan dan penyebaran setiap varian leksikal tersebut telah berjaya membantu menghuraikan faktor geografi yang mempengaruhi pembentukan dan penyebarannya di Pulau Pinang, sekali gus membuktikan bahawa kesemua varian yang digunakan sangat berkaitan dengan geografi setempat. Kajian ini menjadi lebih menarik, sistematik dan meyakinkan kerana disokong dengan teknologi dan pendekatan multidisplin
Description: Link to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69127
ISBN: 978-967-0922-79-9 (online)
Appears in Collections:Conference Papers

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
‘Suka’ dan ‘Nangis’ 881-896.pdfMain article951.77 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.