Please use this identifier to cite or link to this item:
http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69118
Title: | Warisan seni Keris tradisional Melayu: satu analisis dari perspektif kebudayaan Melayu |
Authors: | Shuhairimi, Abdullah Noor Salwani, Hussin Jamsari, Jamaluddin Abdul Jalil, Ramli Tengku Kastriafuddin Shah, Tengku Yaakob Amani, Ali Norhudi’in, Danu Mohd Erpi, Mohd Ali Abdul Rahman, Manaf shuhairimi@unimap.edu.my |
Keywords: | Warisan seni Keris Institusi Kesultanan Melayu Kebudayaan Melayu |
Issue Date: | 2019 |
Publisher: | Penerbit UniMAP (UniMAP Press) |
Citation: | Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 739-750 |
Series/Report no.: | Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19); |
Abstract: | Keris merupakan senjata warisan yang menjadi lambang keberanian dan kesatriaan masyarakat Melayu sejak zaman berzaman. Kehebatan senjata itu begitu istimewa hinggakan pahlawan Melaka, Laksamana Hang Tuah begitu sinonim dengan keris yang dikenali dengan Taming Sari. Sehingga kini, keris menjadi lambang kebesaran institusi kesultanan Melayu di negara ini. Keunikan keris bukan sahaja terserlah ketika ditampilkan dalam gerak jurus persilatan, malah ia bermula daripada pembuatannya yang teliti dan halus. Meskipun, keris dilihat sebagai alat kebesaran dan kebudayaan namun mitos-mitos yang beredar dalam kelompok masyarakat yang beranggapan keberadaan keris dipandang dan difahami dengan cara yang salah menyebabkan salah satu benda peninggalan budaya ini dijauhi oleh golongan muda pada masa kini. Sebagai contoh, mitos mendirikan keris harus memiliki ilmu kebatinan dan lain-lainnya, tetapi sekiranya difikir secara logik mendirikan keris adalah disebabkan oleh keseimbangan menguasai benda, seperti dalam hukum fizik dan graviti. Kepercayaan mistik tersebut masih lagi melekat dalam kepercayaan masyarakat yang dipegang oleh masyarakat tradisional dahulu malah masih lagi dipercayai oleh masyarakat moden pada hari ini. Penulisan kertas kerja ini adalah bersumberkan kepada dokumen-dokumen bertulis yang sedia ada. Analisis berkaitan dokumen bertulis tersebut akan disaring bagi menjawab persoalan kajian dalam kertas kerja ini. Umumnya, pemahaman tentang keris ternyata masih lagi mendapat tempat dalam masyarakat khususnya dalam kalangan individu pengumpul keris dan pencinta kebudayaan. Pada awalnya fungsi keris memang dianggap sebagai senjata tikam. Namun, apabila berlakunya perkembangan dan perubahan zaman fungsi keris telah berubah menjadi alat pusaka. Pada masa tertentu keris juga sempat dijadikan sebagai simbol status sosial dan pada masa kini penerimaan keris cenderung kepada alat perhiasan dan kesenian serta kebudayaan. |
Description: | Link to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/ |
URI: | http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69118 |
ISBN: | 978-967-0922-79-9 (online) |
Appears in Collections: | Conference Papers |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Warisan Seni Keris 739-750.pdf | Main article | 390.11 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.