Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69113
Title: Hikayat Pandawa Lebur MSS 737: kajian tentang gaya bahasa berdasarkan model dinamika kelisanan
Authors: Maria, Tahir
Suhasni, Dollah
Patarai, Cholen
maria@ipgkbm.edu.my
Keywords: Cerita Pandawa
Hikayat Pandawa Lebur dan Kepengarangan
Issue Date: 2019
Publisher: Penerbit UniMAP (UniMAP Press)
Citation: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 737
Series/Report no.: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19);
Abstract: Kajian ini bertujuan untuk meneliti bentuk-bentuk bahasa lisan berpola yang digunakan dalam Hikayat Pandawa Lebur (HPL) MSS 737 Koleksi Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Manuskrip ini ditulis oleh seorang penyalin sewaktu sesi bercerita secara langsung oleh dalang kepada khalayak. HPL MSS 737 mengisahkan perang saudara antara keturunan Pandawa dan Korawa. Objektif kajian ini untuk mengenal pasti bentuk-bentuk bahasa lisan berpola yang digunakan dalam Hikayat Pandawa Lebur (HPL) MSS 737 berdasarkan Model Dinamika Kelisanan Ong (1982). Pengumpulan data kajian ini diperoleh melalui kaedah analisis dokumen. Hasil analisis melalui pendekatan deskriptif menunjukkan bahawa manuskrip ini menggunakan gaya penceritaan yang bersifat memanjangkan pemerian daripada menyokong pemerian. Dalang juga menggunakan kata hubung yang menunjukkan bahawa wujud kesinambungan antara jalan cerita. Selain itu, terdapat penggunaan bahasa perbandingan seperti simile, unsur imejan, iaitu perbandingan tumbuh-tumbuhan, alam, mergastua. Hal ini menunjukkan bahawa dalang HPL MSS 737 mempunyai gaya bahasa tersendiri untuk menarik khalayak pendengar. Tegasnya, kajian ini membuktikan bahawa pengarang dalang HPL merupakan seorang genius Melayu kerana mempunyai gaya bahasa yang unik dan istimewa meskipun mereka tidak pernah mendapat pendidikan secara formal.
Description: Link to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69113
ISBN: 978-967-0922-79-9 (online)
Appears in Collections:Conference Papers

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Hikayat Pandawa Lebur MSS 737.pdfMain article318.63 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.