Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69111
Title: Novel Profesor karya Faisal Tehrani dari aspek analisis Oksidentalisme
Authors: Abu Seman, Mat Karim
cikgunelayan@gmail.com
Keywords: Oksidentalisme
LGBT
Hak asasi manusia
Pemikiran
Fixi
Issue Date: 2019
Publisher: Penerbit UniMAP (UniMAP Press)
Citation: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 689-712
Series/Report no.: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19);
Abstract: Kajian ini dijalankan bagi menganalisis novel Profesor (2017) karya Faisal Tehrani dengan menggunakan model oksidentalisme yang diperkenalkan oleh Hassan Hanafi (1999). Kajian ini bertujuan untuk melihat dan menganalisis pemikiran Faisal Tehrani melalui novel Profesor menggunakan model oksidentalisme. Penggunaan model oksidentalisme di dalam kajian ini dapat melihat bagaiamana sikap dan pemikiran penulis-penulis khususnya Faisal Tehrani di dalam mengangkat budaya, pemikiran, dan ketamadunan bagi masyarakat timur agar seiring dengan masyarakat barat melalui bidang penulisan. Hal ini dapat dianalisis melalui saranan Model Oksidentalisme Hassan Hanafi melalui sikap terhadap tradisi lama, sikap terhadap tradisi barat dan sikap terhadap realiti semasa yang wujud di dalam novel Profesor karya Faisal Tehrani. Seterusnya, kajian ini juga melihat dan menganalisis pemikiran Faisal Tehrani melalui novel Profesor yang dilihat sangat cenderung dan menyokong isu-isu berkaitan hak asasi manusia termasuk Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender (LGBT). Novel ini juga merupakan suatu kelainan bagi peminat-peminat novel Faisal Tehrani kerana novel ini menggunakan genre novel indie dan fixi. Ini kerana kajian ini telah memberikan sudut pandangan kedua bagi pemikiran Faisal Tehrani di dalam isu-isu yang cuba diketengahkan. Hasil analisis terhadap novel Profesor karya Faisal Tehrani membolehkan kita memahami pemikiran dan isu berkaitan hak asasi manusia khususnya LGBT dengan lebih adil berasaskan fakta dan hujah-hujah yang kukuh dan mantap. Selain itu, kajian ini juga mendapati pemikiran masyarakat timur terutamanya orang Melayu masih lagi tebal dengan dinding pemisah (mental block) terhadap realiti kehidupan masa kini dan global yang mengiktiraf hak-hak asasi manusia seperti yang disyorkan oleh United Nations: The Universal Declaration of Human Right (UDHR).
Description: Link to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69111
ISBN: 978-967-0922-79-9 (online)
Appears in Collections:Conference Papers

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Novel Profesor 689-712.pdfMain article740.2 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.