Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69110
Title: Analisis kesantunan bahasa dan keberkesanan komunikasi dalam skrip drama:‘Wan Embong’
Authors: Mmohamad Zaki, Abdul Halim
Melor Fauzita, Md. Yusoff
zakihalim@unimap.edu.my
Keywords: Kesantunan bahasa
Komunikasi
Keberkesanan komunikasi
Skrip drama
‘Wan Embong'
Issue Date: 2019
Publisher: Penerbit UniMAP (UniMAP Press)
Citation: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 605-610
Abstract: Komunikasi merupakan satu bidang yang menterjemahkan proses penyampaian maklumat (mesej) daripada satu individu kepada satu individu lain. Penyampaian maklumat (mesej) akan berlaku setidak-tidaknya antara dua individu yakni pemula (pengantar mesej) dan pemeran (penerima mesej). Keberkesanan komunikasi memperlihatkan sama ada sesebuah mesej itu dapat disampaikan dengan berjaya atau tidak. Dalam konteks masyarakat Melayu, komunikasi berlangsung dengan penuh adab untuk menonjolkan kesantunan berbahasa. Kesantunan bahasa dalam masyarakat Melayu menuntut setiap hubungan bahasa yang dijalin mestilah tidak menyinggung perasaan orang lain. Hubungan antara pemula dan penerima mesej mesti dijaga dalam suasana yang damai agar mesej dapat dihebahkan secara harmoni dan berkesan. Dalam penulisan ini, pengkaji meneliti aspek kesantunan bahasa berdasarkan teori kesantunan Asmah (1996) menerusi penggunaan Kata Ganti Nama Diri (KGND) dalam menghasilkan komunikasi yang berkesan. Kajian ini dilakukan ke atas skrip drama Melayu yang disiarkan untuk tontonan umum iaitu ‘Wan Embong’. Kajian mendapati wujud elemen kesantunan bahasa berdasarkan penggunaan KGND yang sesuai dengan pemeran dan latar situasi dialog dituturkan. Konflik dapat dielakkan, malah dihadapi dengan baik apabila masing-masing memahami segala aspek yang dituntut dalam masyarakat dari hal asas sehinggalah kepada hal yang berkendala.
Description: Link to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69110
ISBN: 978-967-0922-79-9 (online)
Appears in Collections:Conference Papers

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Analisis Kesantunan 605-610.pdfMain article535.53 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.