Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69108
Title: Kes Poligami: suatu teladan berdasarkan kisah Puteri Saadong dan Raja Abdullah
Authors: Amiruddin, Arman
Shaiful Bahri, Md. Radzi
amiruddinarman@gmail.com
Keywords: Poligami
Puteri Saadong
Hikayat Seri Kelantan
Sastera sejarah
Kekeluargaan
Issue Date: 2019
Publisher: Penerbit UniMAP (UniMAP Press)
Citation: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 59-70
Series/Report no.: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19);
Abstract: Poligami isu sensitif dalam perkahwinan. Pelaksanaannya boleh membawa kepada kebaikan dan juga keburukan dalam sesebuah kekeluargaan. Sebagai agama yang sempurna, Islam turut meletakkan syarat-syarat tertentu bagi kaum lelaki yang ingin berpoligami. Hikmahnya, kesucian sesebuah hubungan dan nasab keturunan dapat dipelihara. Meskipun begitu, poligami boleh menjurus ke arah timbulnya pergolakan dalam kehidupan berkeluarga. Perkara ini berpunca daripada sikap pengabaian peraturan Islam dalam berpoligami. Natijahnya, wujudlah pelbagai isu yang menimpa sesebuah hubungan keluarga seperti perceraian, pembunuhan, perebutan harta dan sebagainya. Hal sebegini turut ditemukan dalam naskhah Hikayat Seri Kelantan. Sebagai nakshah sastera sejarah, Hikayat Seri Kelantan menceritakan sejarah kehidupan keluarga golongan raja di Kelantan. Lebih menarik lagi, pada awal hikayat ini mengisahkan peristiwa berkenaan isu poligami menerusi kisah Puteri Saadong dan Raja Abdullah. Melalui watak Raja Abdullah, diperlihatkan sikapnya yang tidak berlaku adil menyebabkan punca kepada keruntuhan rumah tangga beliau. Secara tidak langsung, tindakan ini memberi kesan kepada Puteri Saadong sebagai satu bentuk penindasan dan kezaliman. Kisah ini mengemukakan keburukan berpoligami apabila seseorang tidak menjadikan aturan Islam sebagai asas panduan. Pada hakikatnya, poligami diharuskan untuk mengeratkan lagi pertalian kekeluargaan. Namun, sikap ketidakadilan individu yang berpoligami menjurus kepada perpecahan dalam hubungan kekeluargaan. Malah ia menimbulkan tanggapan negatif terhadap masyarakat kepada amalan tersebut, Dengan menggunakan pendekatan Islam, makalah ini akan meneliti kes poligami dalam kisah ini menerusi tiga isu, iaitu dendam, pembahagian tempat tinggal serta pengurusan harta. Perkara ini dilihat turut berlaku dalam kehidupan masyarakat kini yang mengamalkan poligami. Justeru, kisah ini dapat dijadikan sebagai sebuah teladan kepada generasi kini bertepatan dengan fungsi genre tersebut
Description: Link to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69108
ISBN: 978-967-0922-79-9 (online)
Appears in Collections:Conference Papers

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kes Poligami 59-70.pdfMain article864.61 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.