Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69104
Title: Pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
Authors: Celinea, Lasan
Shamsul Aizuwani, Nawi
celinea@ipgkbm.edu.my
Keywords: Kemahiran menulis Bahasa Melayu
Penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua
Penggunaan Bahan Sastera
Issue Date: 2019
Publisher: Penerbit UniMAP (UniMAP Press)
Citation: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 219-430
Series/Report no.: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19);
Abstract: Penulisan ini membincangkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dalam mendepani era revolusi Industri 4.0. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan dilaksanakan secara kajian kes di salah buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di daerah Klang, Selangor. Pemerhatian pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah telah dilaksanakan bagi mendapatkan data utama. Seterusnya, triangulasi data dijalankan melalui temu bual separa berstruktur dan analisis dokumen. Kajian ini mengetengahkan tiga objektif utama iaitu untuk mengenal pasti penguasaan kemahiran menulis bahasa Melayu murid SJKC. Selain itu, penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa dalam kalangan murid di SJKC juga dikenal pasti. Seterusnya, kajian ini juga mengenal pasti pengunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis bahasa Melayu di SJKC. Peserta kajian dipilih secara persampelan bertujuan yang terdiri daripada tiga orang murid Tahun Tiga dari kelas berlainan dan tiga orang guru bahasa Melayu yang mengajar Tahun Tiga di sekolah kajian. Hasil pemerhatian pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, temu bual dengan peserta kajian dan analisis dokumen ditranskripsikan dan dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti Mac versi 1.6.0 (484). Data dianalisis secara deskriftif dan dipersembahkan dalam bentuk naratif. Dapatan kajian menunjukkan murid menggunakan strategi penyoalan, penjelasan, perumusan dan peramalan dalam kemahiran menulis bahasa Melayu. Penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid di SJKC adalah sederhana. Dapatan juga menunjukkan murid Tahun Tiga SJKC juga kurang berminat dalam penulisan karangan bukan naratif dan kurang menggunakan bahan sastera dalam pembelajaran kemahiran menulis bahasa Melayu. Hasil kajian ini dapat digunakan dalam penambahbaikan pembinaan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi kemahiran menulis bahasa Melayu. Kajian ini juga memberi manfaat kepada guru-guru bahasa Melayu dalam usaha meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid di Sekolah Jenis Kebangsaan.
Description: Link to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69104
ISBN: 978-967-0922-79-9 (online)
Appears in Collections:Conference Papers

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengajaran dan Pembelajaran 419-430.pdfMain article559.75 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.