Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69103
Title: Konsep ‘Asabiyyah’ Ibnu Khaldun dalam konteks pemartabatan Bahasa Melayu dalam kalangan mahasiswa institusi pengajian tinggi Malaysia
Authors: Siti Nor Azhani, Mohd Tohar
Khadijah, Muda
Siti Nor Baya, Mat Yacob
Keywords: Asabiyyah
Ibnu Khaldun
Semangat kekitaan
Bahasa Melayu
Penghayatan sejarah
Mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi
Tamadun
Malaysia
Issue Date: 2019
Publisher: Penerbit UniMAP (UniMAP Press)
Citation: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 287-294
Abstract: Ibnu Khaldun melalui karya beliau, Mukadimah telah membincangkan mengenai konsep ‘asabiyyah’’ (semangat kekitaan) sebagai satu mekanisme penting untuk menentukan jatuh bangun sesebuah tamadun dengan mengaitkan faktor masa (penghayatan sejarah) dan kesannya terhadap pemartabatan bahasa dalam tamadun tersebut. Sehubungan itu, makalah ini bertujuan untuk menganalisis pengaruh semangat kekitaan dan penghayatan sejarah terhadap pemartabatan bahasa Melayu mahasiswa pelbagai etnik di institusi pengajian tinggi Malaysia. Kajian ini telah dijalankan secara kajian rentas silang melalui pensampelan rawak berstrata ke atas 407 pelajar Ijazah Sarjana Muda yang terdiri dari kaum Melayu, Cina dan India di Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), Universiti Multimedia (MMU) dan Universiti Selangor (UNISEL). Hasil dapatan menunjukkan bahawa hubungan antara semangat kekitaan dengan penghayatan sejarah adalah positif dan signifikan (r = .356, p < .05), semangat kekitaan mempunyai kesan langsung yang positif dan signifikan terhadap pemartabatan bahasa Melayu (β = .33, C.R = 4.896, p < .05) dan penghayatan sejarah mempunyai kesan langsung yang positif dan signifikan dengan pemartabatan bahasa Melayu (β = .38, C.R = 5.800, p < .05). Malahan, dapatan turut menunjukkan bahawa 34 peratus varian dalam pemartabatan bahasa Melayu dapat diterangkan oleh faktor semangat kekitaan dan penghayatan sejarah. Kesimpulannya, faktor semangat kekitaan dan faktor penghayatan sejarah perlu diperkukuh dalam kalangan generasi muda terutamanya golongan mahasiswa pelbagai etnik agar mereka sentiasa sedar kepentingan memartabatkan bahasa Melayu sebagai satu alat kemajuan sesebuah bangsa yang mempunyai identiti tersendiri.
Description: Link to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69103
ISBN: 978-967-0922-79-9 (online)
Appears in Collections:Conference Papers

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Konsep Asabiyah 287-294.pdfMain article765.29 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.