Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69101
Title: Isu dan cabaran pengajaran Bahasa Melayu di luar negara: pengalaman di Universiti China
Authors: Zaiton, Zakarya
Hawa Mahfuzah, Rusidin
zaitonzakaryagdufs@gmail.com
Keywords: Isu
Cabaran
Pengalaman
Bahasa Melayu
Mahasiswa China
Issue Date: 2019
Publisher: Penerbit UniMAP (UniMAP Press)
Citation: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 377-392
Series/Report no.: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19);
Abstract: Bahasa Melayu mempunyai sejarah yang lama sebagai bahasa yang ditawarkan di institusi-institusi luar negara seperti di Belanda, Perancis, Jerman, Jepun, Korea, dan di China. Jika dilihat pada hari ini, pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing semakin berkembang di China. Saban tahun kursus bahasa Melayu semakin menjadi pilihan mahasiswa di China. Negara China mempunyai populasi penduduk yang tinggi dan rata-rata penduduknya bertutur dalam bahasa Mandarin. Namun begitu terdapat bahasa lain juga ditawarkan dan dipelajari di sini dan salah satunya ialah bahasa Melayu. Keperluan modal insan yang mahir berbahasa asing menyebabkan banyak universiti di China menawarkan bahasa-bahasa asing ini. Sehingga kini, terdapat lebih kurang 10 buah universiti dan kolej di China yang menawarkan kursus bahasa Melayu sama ada pada peringkat diploma, ijazah sarjana muda, dan ijazah sarjana. Perkembangan pengajian bahasa Melayu ini amat memberangsangkan. Pelbagai kursus telah ditawarkan oleh universiti untuk melahirkan mahasiswa China yang mampu menguasai kemahiran bertutur, mendengar, menulis, membaca, dan menterjemah dalam bahasa Melayu. Penulisan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman mengajar bahasa Melayu sebagai bahasa asing kepada mahasiswa di China. Penulisan ini juga turut membincangkan isu dan cabaran yang perlu ditempuh oleh dua tenaga pengajar bahasa Melayu iaitu dari Universiti Pengajian Asing Guangdong dan Universiti Minzu Yunnan.
Description: Link to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69101
ISBN: 978-967-0922-79-9 (online)
Appears in Collections:Conference Papers

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Isu dan cabaran 377-392.pdfMain article1.12 MBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.