Please use this identifier to cite or link to this item:
http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69100
Title: | Ketidaksantunan berbahasa dalam Pantun Kelakar ‘Khazanah Pantun Melayu Riau’ |
Authors: | Nur Najahah, Ishak Noriza, Daud Umaimah, Kamarulzaman Nurul Afnieza, Md. Zain najahishak06@gmail.com |
Keywords: | Bahasa Kesantunan Ketidaksantunan Pantun Melayu Pantun Kelakar |
Issue Date: | 2019 |
Publisher: | Penerbit UniMAP (UniMAP Press) |
Citation: | Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 173-184 |
Series/Report no.: | Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19); |
Abstract: | Kajian ini membincangkan strategi ketidaksantunan berbahasa dalam pantun kelakar yang terkandung dalam buku Khazanah Pantun Melayu Riau (2016). Pantun merupakan ekspresi minda masyarakat Melayu tradisional dan merupakan cerminan budi masyarakat Melayu. Namun, melalui kajian ini terbukti bahawa terdapat penggunaan bahasa yang tidak santun. Hasil kajian juga memperlihatkan bahawa pemantun menggunakan bahasa yang tidak santun dalam menyampaikan sesuatu mesej melalui pantun. Sebanyak 35 rangkap pantun kelakar telah dikaji dan dianalisis berlandaskan Strategi Ketidaksantunan Culpeper (1996). Kajian ini hanya memfokuskan penggunaan leksikal dan ungkapan yang tidak santun yang terdapat dalam pantun kelakar. Hasil kajian ini juga mendapati di sebalik keindahan bahasa manifestasi pantun Melayu, terdapat ketidaksantunan dalam garapan idea dan penggunaan bahasanya. Data kajian yang diperoleh adalah melalui pendekatan kualitatif, iaitu analisis kandungan dan penganalisisan data kajian ini dilakukan berdasarkan konteks, budaya dan latar belakang masyarakat. Strategi ketidaksantunan berbahasa yang dapat dikenal pasti dalam pantun kelakar adalah seperti penggunaan bahasa tabu, penggunaan penanda identiti yang tidak tepat atau tidak bersesuaian, mengejek dan penggunaan sindiran. Dapatan kajian juga mendapati bahawa penggunaan sindiran yang digunakan berunsur lucah yang menekankan konsep hubungan suami isteri. |
Description: | Link to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/ |
URI: | http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69100 |
ISBN: | 978-967-0922-79-9 (online) |
Appears in Collections: | Conference Papers |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Ketidaksantunan Berbahasa 173-184.pdf | Main article | 474.75 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.