Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69098
Title: Konflik Migran Cina dengan peradaban Peribumi Kalimantan Barat: analisis Syair Perang Cina di Monterado
Authors: Alezender, Steven
Shaiful Bahri, Md Radzi
P97155@siswa.ukm.edu.my
Keywords: Kolonialisme
Kalimantan Barat
Migran Cina
Peribumi
Peperangan
Issue Date: 2019
Publisher: Penerbit UniMAP (UniMAP Press)
Citation: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 331-348
Series/Report no.: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19);
Abstract: Kolonialisme di Alam Melayu memberi tamparan yang hebat buat peradaban peribumi. Perubahan landskap ekonomi, politik dan sosial di Alam Melayu akibat kolonialisme tidak hanya dirasa dalam jangka masa yang singkat bahkan hayat dampaknya berkekalan dalam jangka masa yang panjang. Makalah ini membincangkan kehadiran migran Cina yang dibawa oleh kuasa-kuasa Eropah semasa kolonialisme berlangsung di Alam Melayu sehingga menjejaskan beberapa wilayah Alam Melayu khususnya di Kalimantan Barat. Kekayaan hasil komoditi di beberapa wilayah Kalimantan Barat seperti di Sambas dan Mempawah memungkinkan kehadiran migran Cina di wilayah tersebut sekitar abad ke-18 dan 19 ekoran daripada penguasa kedua wilayah yang kaya ini bertindak memanfaatkan kehadiran migran Cina di Alam Melayu untuk mengusahakannya. Dengan menggunakan pendekatan sejarah dalam meneliti naskhah historiografi Syair Perang Cina di Monterado yang khusus merawikan peristiwa ini, hasil dapatan kajian mendapati bahawa kehadiran migran Cina telah membawa kepada kesengsaraan peradaban peribumi di Kalimantan Barat yakni Dayak, Melayu dan Bugis. Tindakkan melampau migran Cina yang semakin berkuasa menyebabkan nasib sosioekonomi peribumi di Kalimantan Barat berada pada tahap yang amat menyedihkan. Dalam pada itu, penindasan yang dilakukan oleh migran Cina telah meniupkan semangat kebangkitan dalam kalangan penduduk peribumi dan seterusnya melancarkan peperangan dengan sokongan Belanda sebagai timbal balas terhadap sikap keterlaluan migran Cina.
Description: Link to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69098
ISBN: 978-967-0922-79-9 (online)
Appears in Collections:Conference Papers

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Konflik Migran Cina 331-348.pdfMain article504.86 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.