Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69093
Title: Ketidaksantunan bahasa dalam komen isu peletakan jawatan YDPA
Authors: Nurrissammimayantie, Ismail
Amirah, Ahmad
Norizah, Ardi
Noriza, Daud
nurrissa@uitm.edu.my
Keywords: Ketidaksantunan berbahasa
Bentuk-bentuk ketidaksantunan
Media sosial
Facebook
Isu YDPA
Rukun Negara
Issue Date: 2019
Publisher: Penerbit UniMAP (UniMAP Press)
Citation: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 91-106
Series/Report no.: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19);
Abstract: Kepesatan teknologi masa kini memberi pelbagai impak positif dan negatif dalam sistem berkomunikasi. Dalam mendepani Revolusi Industri 4.0, salah satu cabarannya ialah jaringan komunikasi tanpa had seperti dalam media sosial. Kesantunan berbahasa merupakan lambang pemikiran dan sikap penuturnya. Semenjak zaman prasekolah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi kesantunan berbahasa sentiasa ditekankan dalam pendidikan. Melalui pendidikan rohani dan moral, kesantunan berbahasa diajar kepada masyarakat sejajar dengan prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara. Umumnya masyarakat sedar bahawa individu yang menggunakan bahasa yang santun melambangkan pemikiran yang positif dan sikap santun. Walau bagaimanapun, fenomena penggunaan bahasa yang tidak santun dalam menyampaikan komen di media sosial seolah-olah menjadi kebiasaan bagi golongan warga maya. Kertas kerja ini bertujuan untuk meneliti bentuk-bentuk ketidaksantunan berbahasa dalam komen berkaitan isu tersebut berdasarkan kerangka bentuk ketidaksanaan oleh Culpeper (2011) iaitu hinaan, kritikan pedas atau aduan, soalan yang mencabar atau praandaian, meninggi diri, mesej paksaan, penyingkiran, mendiamkan, ugutan, sumpahan dan gangguan campur tangan. Data kajian ini ialah komen warga maya terhadap isu peletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) pada awal tahun ini. Isu tersebut apabila dikongsi dalam laman Facebook Siakap Keli yang ternyata mempunyai pengikut ratusan ribu dan mendapat komen yang banyak. Kajian ini bersifat deskriptif dengan menerapkan kaedah analisis kandungan menerusi penelitian terhadap perkataan atau rangkai kata yang digunakan oleh warga maya semasa memberi komen. Dapatan kajian menunjukkan komen-komen warga maya lebih banyak menggunakan bahasa berbentuk hinaan yang terbahagi kepada empat iaitu vokatif negatif persendirian, penegasan negatif persendirian, rujukan negatif persendirian dan rujukan negatif orang ketiga dalam sasaran perbincangan. Hal ini secara tidak langsung menggambarkan pemikiran dan sikap warga maya yang kian luntur nilai kesantunan ketika berbahasa.
Description: Link to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69093
ISBN: 978-967-0922-79-9 (online)
Appears in Collections:Conference Papers

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Ketidaksantunan Bahasa 91-106.pdfMain article603.77 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.