Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69090
Title: Kearifan tempatan masyarakat Batujaya dalam pembuatan Bata Candi
Authors: Muhamad Shafiq, Mohd Ali
Zuliskandar, Ramli
muhdshafiq@ukm.edu.my
Keywords: Bata
Protosejarah
XRD
XRF
Issue Date: 2019
Publisher: Penerbit UniMAP (UniMAP Press)
Citation: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 447-458
Series/Report no.: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19);
Abstract: Kompleks Percandian Batujaya terletak dalam daerah Kabupaten Karawang, pantai utara Jawa Barat. Kompleks percandian ini terletak dalam dua kawasan pentadbiran desa, iaitu Desa Segaran dan Desa Telagajaya. Terdapat lebih daripada 20 buah runtuhan bangunan bata yang merupakan monumen candi tersebar dalam lingkungan 5 km persegi yang mana kawasan ini terdiri daripada sawah padi. Dalam kajian ini, tumpuan utama diberikan kepada kearifan masyarakat tempatan dalam teknologi pembuatan bata sebagai bahan binaan utama monumen candi di Kompleks Percandian Batujaya. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan dua sumber iaitu sumber pertama dalam bentuk data saintifik yang didapati daripada hasil analisis kandungan kimia bata dan sumber kedua adalah melalui penulisan-penulisan awal yang telah dibuat oleh pengkaji sebelum ini. Analisis kandungan kimia sebagai sumber pertama diperoleh daripada dua kaedah iaitu dengan menggunakan radas Sinar-X Terbelau (XRD) untuk mendapatkan kandungan mineral bata dan Sinar-X Berpendarflor (XRF) untuk mendapatkan maklumat unsur utama serta unsur surih bata. Bata daripada enam buah candi dipilih sebagai sampel kajian ini. Candi yang dipilih adalah Candi Jiwa, Candi Blandongan, Candi Asem, Candi Damar, Candi Lingga dan Candi Serut B. Analisis kandungan mineral bata mendapati terdapatnya mineral anortit dan hematit pada kebanyakan bata. Ini menunjukkan bata telah dibakar pada suhu melebihi 850oC. Ini menunjukkan bahan mentah yang digunakan mempunyai kandungan pasir yang tinggi. Taburan sampel secara berkelompok menunjukkan sampel bahan mentah yang digunakan untuk membuat bata diambil daripada kawasan yang sama atau berhampiran. Perbandingan taburan antara sampel bata dan juga sampel lempung dari kawasan sekitaran Kompleks Percandian Batujaya menunjukkan terdapatnya persamaan dalam kandungan unsur utama pada kedua-dua sampel. Ini membuktikan bahan mentah yang digunakan dalam pembuatan bata diambil dari kawasan sekitar Kompleks Percandian Batujaya. Penggunaan bahan mentah setempat dapat membuktikan peranan masyarakat tempatan dalam membina dan membangunkan monumen candi di Kompleks Percandian Batujaya.
Description: Link to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69090
Appears in Collections:Conference Papers

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kearifan Tempatan 447-458.pdfMain article1.55 MBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.