Please use this identifier to cite or link to this item:
http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69087
Title: | Keterangan lisan sebagai sumber Historiografi: penelitian awal dalam kepelbagaian budaya masyarakat di Malaysia |
Authors: | Mohamed Ali, Haniffa Ayu Nor Azilah, Mohamad Wayu Nor Ashikin, Mohamad m.ali@uum.edu.my |
Keywords: | Tradisi lisan Masyarakat Melayu Budaya Arkib Negara Malaysia |
Issue Date: | 2019 |
Publisher: | Penerbit UniMAP (UniMAP Press) |
Citation: | Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 247-258 |
Series/Report no.: | Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19); |
Abstract: | Artikel ini membincangkan mengenai keterangan dan sumber lisan yang digunakan sebagai medium historiografi utama dalam kepelbagaian budaya masyarakat di Malaysia. Keterangan lisan seperti penglipurlara dan cerita merupakan medium yang disampaikan dari satu generasi ke generasi lain. Tradisi lisan merupakan sumber penting yang wujud suatu masa dahulu namun terpinggir ditelan arus perubahan zaman. Masyarakat Melayu khususnya sudah mempunyai peradaban dan tradisi lisan yang diwarisi dari generasi terdahulu. Ketinggian tradisi lisan orang Melayu dan tamadun Melayu adalah setara dengan tamadun lain di dunia. Negara telah melalui evolusi sejarah yang lama sehingga berdirinya bumi bertuah bernama Malaysia. Episod penjajahan bermula dengan British, komunis sehingga kemerdekaan negara diperolehi. Dalam melihat episod ini, pelbagai dimensi kehidupan perlu diteliti. Antaranya meliputi tokoh, agama, sosiobudaya dan ekonomi. Kekangan sumber-sumber sejarah yang asal menjadi salah satu daripada kelemahan yang besar di dalam usaha untuk menulis semula peristiwa dan sejarah Malaysia. Ketiadaan tradisi menyimpan dan merekod catatan harian, menulis dokumen-dokumen yang lain atau menulis riwayat hidup menjadikan masalah ini lebih serius di Malaysia. Namun dalam usaha meneliti kesemua peristiwa tersebut, masih terdapat ruang kosong yang boleh diisi dengan penggunaan sumber lisan. Justeru itu dalam usaha melestarikan penggunaan sejarah lisan di Malaysia terdapat pelbagai organisasi sama ada kerajaan atau swasta yang berperanan penting. Antaranya ialah Arkib Negara Malaysia, perpustakaan dan persatuan. Pelbagai usaha murni telah dilakukan bagi memupuk, mendokumentasikan dan juga mempromosikan bidang sama ada kepada individu mahupun institusi-institusi yang berkenaan. Analisis data dibuat berdasarkan sumber primer seperti rekod-rekod rasmi kerajaan ataupun persendirian, sekunder berupa bahan bercetak dan lisan yang melibatkan wawancara. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah sejarah lisan berupaya mengisi ruang kekosongan sumber-sumber sedia, menjadi penyelamat kepada keterangan-keterangan sejarah yang akan hilang dan menjadi pelengkap kepada sesebuah cerita. |
Description: | Link to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/ |
URI: | http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69087 |
Appears in Collections: | Conference Papers |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Keterangan Lisan 247-258.pdf | Main article | 487.11 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.