Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69086
Title: Upacara dan Adat Istiadat Seni Bela Diri (Silat Seni Gayong Malaysia)
Authors: Mawarni, Ibrahim
Mohd Fisal, Ismail
inra_fisal@yahoo.com
Keywords: Upacara
Adat Istiadat
Silat
Seni Gayong
Issue Date: 2019
Publisher: Penerbit UniMAP (UniMAP Press)
Citation: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 203-214
Series/Report no.: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19);
Abstract: Kertas kerja ini cuba memperlihatkan konsep upacara dan adat istiadat seni bela diri terutamanya Silat Seni Gayong Malaysia sama ada dari segi keperluan peralatan, busana lengkap semasa upacara adat istiadat diadakan dan individu yang berhak melaksanakan tugas dalam upacara adat istiadat tersebut. Tajuk ini dipilih adalah bertujuan untuk memperkenalkan kepada masyarakat berkaitan upacara dan adat istiadat seni bela diri terutamanya Silat Seni Gayong Malaysia. Selain itu, bertujuan untuk memperkenalkan kepada masyarakat akan penggunaan bahan-bahan dalam setiap upacara dan adat istiadat yang dilakukan seperti mandi tapak dan mandi seni sehinggalah ke mandi minyak. Di samping itu, bertujuan untuk memberi pencerahan berkaitan upacara dan adat istiadat terutamanya Silat Seni Gayong Malaysia tidak melibatkan unsur-unsur tahyul sebaliknya mendedahkan pengamalnya akan erti asam garam kehidupan berunsurkan alam sekeliling. Kaedah yang digunakan adalah penyelidikan dan pemerhatian bagi menghasilkan kertas kerja ini melalui rakaman perbualan dengan guru latih silat dan individu yang berkenaan. Kaedah pemerhatian adalah untuk melihat upacara dan adat istiadat serta segala kelengkapan yang diperlukan dalam sesuatu majlis upacara dan adat istiadat secara langsung. Data-data yang dikumpulkan dari pemerhatian dan perbualan dijelaskan dalam bentuk huraian. Hasil pemerhatian ini diharapkan dapat dijadikan garis panduan oleh pihak tertentu terutamanya pencinta seni bela diri Silat Seni Gayong Malaysia khususnya untuk lebih beretika mempelajari seni bela diri terutama Silat Seni Gayong Malaysia tanpa rasa ragu-ragu berteraskan agama Islam. Semoga khazanah alam warisan bangsa ini dapat dipertahankan sehingga ke akhir zaman. Silat Seni Gayong berupaya membentuk akhlak pengamalnya dengan lebih baik melalui unsur-unsur yang diketengahkan sewaktu mempelajarinya. Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia merupakan sebuah pertubuhan yang bersedia membantu mempertahankan budaya asli dalam masyarakat dan berperanan membantu pihak pentadbiran negara menangani isu keruntuhan akhlak bangsa Melayu terutamanya di negara kita.
Description: Link to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69086
Appears in Collections:Conference Papers

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Upacara dan adat istiadat 203-214.pdfMain article554.53 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.