Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69085
Title: Ragam Bahasa dalam unsur dakwah: kajian berdasarkan filem Munafik dan Khurafat
Authors: Midiyana, Mohamad
Nor Azita, Che Din
Farah Hanini, Abd Rahman
Siti Aishah, Mohamad Tahir
midiy165@salam.uitm.edu.my
Keywords: Unsur dakwah
Ragam bahasa
Filem
Kreatif
Issue Date: 2019
Publisher: Penerbit UniMAP (UniMAP Press)
Citation: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 71-90
Series/Report no.: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19);
Abstract: Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti unsur dakwah dan menganalisis jenis ragam bahasa dalam unsur dakwah berdasarkan filem Khurafat dan Munafik. Analisis ini menggunakan Pendekatan Bahasa Dakwah yang telah dikemukakan oleh Ahmad Mubarak (2000). Unsur-unsur dakwah yang dinyatakan ialah Qaulan Layyina, Qaulan Baligha, Qaulan Maysura, Qaulan Sadida dan Qaulan Ma’rufa. Namun tidak semua unsur tersebut digunakan dalam filem-filem tersebut. Unsur yang banyak digunakan berdasarkan kajian ini ialah unsur dakwah Qaulan Baligha dan Qaulan Maysura. Selain itu, Pendekatan Ragam Bahasa oleh Za’ba (1965) juga digunakan dalam kajian ini bagi menganalisis ragam bahasa dalam unsur-unsur dakwah tersebut. Analisis menunjukkan ragam bahasa herdik banyak digunakan dalam kedua-dua filem tersebut. Ragam bahasa yang dikenal pasti dalam kedua-dua filem ini ialah bahasa herdik, bahasa tempelak, bahasa sindiran, bahasa bukan, bahasa berulang, bahasa seruan atau mengeluh, bahasa naik dan bahasa melampau. Manakala, tujuh jenis ragam bahasa dan satu unsur dakwah tidak ditemui dalam kajian ini. Sememangnya penelitian ragam bahasa dalam unsur dakwah berdasarkan dua buah filem ini sangat menarik. Secara tidak langsung didapati bahawa setiap ujaran yang diperkatakan dan penyampaian mesej lebih berkesan kepada penonton kerana dakwah itu disampaikan kepada masyarakat dengan cara yang lebih santai dan menarik. Hal ini selaras dengan dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 yang memerlukan penyampaian dakwah juga harus lebih kreatif dan menarik dengan wujudnya kepelbagaian media pada masa kini. Penyampaian dakwah juga seharusnya menggunakan pelbagai ragam bahasa bahasa yang menarik.
Description: Link to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69085
Appears in Collections:Conference Papers

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Ragam Bahasa 71-90.pdfMain article517.12 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.