Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69083
Title: Manifestasi keluhuran wanita dalam peribahasa Cerminan Peradaban Melayu
Authors: Zabedah, Mohammed
Shaiful Bahri, Md Radzi
zabedah.mohammed@gmail.com
Keywords: Keluhuran wanita
Peribahasa Melayu
Peradaban Melayu
Fiil dan Fitur
Lahiriah dan Batiniah
Issue Date: 2019
Publisher: Penerbit UniMAP (UniMAP Press)
Citation: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 435-446
Series/Report no.: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19);
Abstract: Kertas kerja ini membicarakan pelukisan keluhuran wanita Melayu yang dirungkai menerusi peribahasa. Keluhuran wanita merujuk kepada sifat mulia yang ada pada mereka sama ada digambarkan secara lahiriah mahupun batiniah. Mengikut klas gender, wanita diletakkan sebagai jantina kelas kedua dalam masyarakat Melayu tradisional. Namun begitu, kehasilan ungkapan tentang wanita memperlihatkan bahawa mereka tidak dipinggirkan malahan ditatang oleh masyarakat Melayu walaupun dicitrakan secara negatif. Dalam perbincangan ini, keluhuran wanita berfokus pada fitur dan fiil golongan tersebut. Orang Melayu memiliki ukuran tentang fitur dan fiil wanita. Seolah-olah terdapat syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi dan diamalkan oleh wanita Melayu seperti yang dipateri dalam peribahasa. Wanita akan dipuji sekiranya mempamerkan keakuran dan disinis serta dikecam atas tindakan yang bercanggah. Rasionalnya, orang Melayu berkeinginan golongan wanita memiliki kecantikan yang menyeluruh secara lahiriah mahupun batiniah. Keluhuran wanita dalam makalah ini dicermati secara analisis dokumen dan berlandaskan sifat wanita yang disusun oleh Tenas Effendy (1989) dalam naskhah Perempuan Dalam Acuan Budaya Melayu Riau. Hasil daripada penelitian tersebut didapati bahawa orang Melayu mempunyai piawaian mengikut acuan mereka untuk membentuk wanita ideal. Kemuliaan wanita dicitrakan dari segi rupa paras yang cantik, bentuk badan yang anggun, santun dalam pergerakan, serta berkeperibadian mulia. Kemuliaan wanita yang terungkap dalam khazanah lisan ini amat relevan dan bersifat malar segar. Pemahaman tentang keluhuran wanita mampu memperlihatkan kelestarian peradaban Melayu sejak berabad-abad yang lalu yang tidak menongkah zaman malahan praktikal sehingga era ini.
Description: Link to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69083
Appears in Collections:Conference Papers

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Manifestasi Keluhuran 435-446.pdfMain article559.5 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.