Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69079
Title: Dinamika perubahan masyarakat Melayu dalam novel Hatimu Aisyah karya Sn Zurinah Hassan
Authors: Halis Azhan, Mohd. Hanafiah
halis_azhan@upm.edu.my
Keywords: Dinamika
Masyarakat Melayu
Novel
Sosial
Ekonomi
Politik
Issue Date: 2019
Publisher: Penerbit UniMAP (UniMAP Press)
Citation: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 803-816
Series/Report no.: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19);
Abstract: Kajian ini bertujuan untuk menganalisis dinamika masyarakat Melayu dalam novel Hatimu Aisyah (2016) karya SN Zurinah Hassan pada zaman sebelum dan selepas merdeka. Dari sudut pandang protagonisnya, iaitu Aisyah, masyarakat Melayu pada zaman sebelum merdeka digambarkan sangat mematuhi adat dan kepercayaan tradisional, dan menjauhi pantang larang. Akan tetapi, susulan peranan kerajaan dalam menjalankan pembangunan-pembangunan sosial, ekonomi dan politik yang berlaku dalam segenap bentuk kehidupan. Sehubungan itu, kajian ini akan memanfaatkan teori sosiologi sastera yang digagaskan oleh Hippolyte Taine yang menjelaskan bahawa masyarakat dalam novel dapat dijelaskan melalui faktor bangsa, persekitaran dan zaman. Kajian ini menggariskan tiga objektif untuk dicapai. Pertama, mengklasifikasikan perubahan-perubahan masyarakat Melayu dalam novel Hatimu Aisyah. Kedua, menganalisis perubahan-perubahan masyarakat Melayu dalam novel Hatimu Aisyah. Dan ketiga, menghubungkaitkan dinamika masyarakat Melayu dengan kemajuan-kemajuan sosial, ekonomi dan politik yang terdapat dalam novel Hatimu Aisyah. Kajian ini mendapati bahawa perubahan-perubahan ini bertolak daripada sikap masyarakat Melayu yang mula mengutamakan pencapaian akademik, peluang pekerjaan yang lebih baik, dan sikap baharu terhadap nilai-nilai tradisional. Perubahan-perubahan ini berlaku kerana masyarakat Melayu yang berpendidikan mempunyai maklumat tentang perubahan-perubahan yang berlaku di seluruh dunia dan tidak ingin ketinggalan
Description: Link to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69079
Appears in Collections:Conference Papers

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Dinamika Perubahan 803-816.pdfMain article593.36 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.