Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69078
Title: Analisis pengajaran Bahasa Melayu dan Jawi dalam Pelita Bahasa Melayu (PBM) Karangan Za’ba
Authors: Makmur, Haji Harun
Mohd Kasturi Nor, Abd Aziz
Sitti Rachmawati, Yahya
makmur@fbk.upsi.edu.my
Keywords: Pengajaran
Bahasa Melayu
Tulisan Jawi
Pelita Bahasa Melayu
Za’ba
Issue Date: 2019
Publisher: Penerbit UniMAP (UniMAP Press)
Citation: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 911-930
Series/Report no.: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19);
Abstract: Za’ba nama panjangnya Zainal Abidin Ahmad, kelahiran 16 September 1895 di Batu Kikir, Jempol Negeri Sembilan, meninggal dunia 23 Oktober 1973. Nama Za'ba popular dalam Organisasi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu kerana ahli akademik dan penulis gerakan politik Akademik Malaya dan Agama Islam, juga dikenali sebagai sasterawan dan pemikir Melayu keturunan Minangkabau yang giat menulis sekitar tahun 1940an. Tokoh ini merupakan pejuang bahasa Melayu dan Jawi yang komited dan berbakat, Za’ba merupakan pengembang sastera berdasarkan Jawi dengan kaedah Za’banya. Kemudian kaedah pengajarannya dikembangkan melalui buku karangannya Pelita Bahasa Melayu (PBM) dalam tiga jilid. Kepelbagaian kaedah dalam buku ini telah menyumbang pelbagai ilmu yang kekal abadi lagi nyata sebagai bukti komitmen beliau memperjuangkan bahasa Melayu dan Jawi. Perjuangan Za’ba dibuktikan lagi dengan melahirkan kaedah pengajaran tersendiri melalui buku Pelita Bahasa Melayu (PBM) yang diguna pakai dalam memartabatkan bahasa Melayu tersebut dari masa ke masa. Kaedah beliau terus meluas dan digunakan ke seluruh wilayah Nusantara bahkan menjadi karya tulisan pengantar pengajaran dan pembelajaran menjadi panduan linguistik moden di pelbagai peringkat sekolah, berpola pengajaran dan pembelajaran bahasa yang berkesan. Kaedah beliau penuh simbol dan falsafah tersendiri mencerminkan kekayaan khazanah dan budaya masyarakat Melayu. Za’ba juga merupakan tokoh hebat yang telah pergi untuk selama-lamanya, tetapi karyanya tetap abadi sehingga kini. Semoga kajian ini dapat memaparkan analisis mendalam terhadap kaedah pengajaran bahasa dari Za’ba sebagai pejuang gigih dalam memartabatkan bahasa Melayu dan Jawi di Malaysia khasnya dan di Asia Tenggara amnya, sekali gus mampu menjadi satu wacana ilmu yang dapat mengungkap kekayaan khazanah warisan Melayu di Nusantara.
Description: Link to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69078
Appears in Collections:Conference Papers

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Analisis Pengajaran Bahasa Melayu 911-930.pdfMain article930.31 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.